Wednesday, September 12, 2012

hari terakhir bersama dia..

Assalamualaikum..

Hari ni en suami MC... sakit perut dan muntah2.. Malam tadi sebelum tidur dia mengadu sakit perut dan perut berangin. aku dah sapu minyak, picit2 perut dia sume.. pukul 1 lebih, aku dengar ada orang bangun muntah2.. lepas dah lega muntah tu, masuk dalam selimut, bungkus gigil2.. aku pun turun bawah amik kan panadol.. tak lama tu, aih muntah lagi.. pastu aku pun pikir2 salah makan ke apa ni.. makan malam aku masak ikan goreng dengan sambal sotong je. sambal tu lama juga la aku masak.. aku tak muntah2 pulak.. hmm. may be dia ada makan kat tempat lain kot. kalau tak, mestilah dengan aku sekali dah keracunan makanan.. sambil aku gosok2 belakang dia time muntah tu, sempat lagi bebel, eh kenapa makan nasi tak kunyah betul2 ni. muntah pun nasi still tak hancur.. huhu.. makan telan ke apa.. sian dia dah kelembikan hari ni..

Jadi, hari ni aku drive pegi keje. dah lah jem kat mrr 2 hari ni panjang gila. adui tensen.. dengan kereta kancil manual lagi.. gigil lutut main clutch.. Hari ni hari terakhir (insya-Allah) aku bawa kancil kesayangan ni.. Ia akan bertukar tangan kepada orang lain.. memandangkan family car masih 'sakit' dan nak tukar kepada family car yang lain memang tak mampu, terpaksa dikorbankan kereta kecilku ini. at least ada satulah kereta yang gagah perkasa walau pun kecik juga, untuk dibawa ke utara selatan timur dan barat. insya-Allah.. Telah berkhidmat selama 6 tahun lebih kurang dengan ku.. Sayang nak lepaskan plat number J tu.. nak tunggu plat J prosedure kata lambat nak tunggu, nak beli macam banyak sangat duit nak beli plat ni, bazir je... terpaksalah amik plat W atau B.. W laju sangat numbernya.. so decide amik B la :-) cerita kereta kancil sila baca di sini ye..

kereta bersepah. malam ni mesti kena basuh bersih2 nak jual kat orang. tapi nampak gaya langit macam mendung kelabu je..

eh, nak juga masuk. tengah2 jem pun sempat lagi. yelah, bosan weih. muka pucat plak tu, malas nak pakai lipstik sebab ikut mood. kadang rajin je menenyeh, kadang lebih suka bila tak pakai.. tapi nampak pucatlah. huhu..

Ok bye. wassalam


5 comments:

Syahada Ahmad said...

vrooom...vrooom.....
nak tumpang naik kete baru sorang boleh? tapi nk duk belakang. ekekekeke

ejaMaria said...

kak maria utk rekod raya tahun ni dah 2 kali kena food poisoning... yg 1st mmg teruk melampau... atas bawah keluar... mmg sampai lembik + krem kaki - dah tak bole jalan lagi dlm bilik air hingga kan hubby papah keluar bilik air... :(
kali ke-2 kena masa jamuan ofis... yg ni mmg ramai ofismate kena... tapi akak tak teruk... maybe sbb makan takut-takut... ambil sikit-sikit je...
kesimpulan nya... raya mmg senang kena food poisoning - sedia je la dgn ubat doktor... :)

Suliana said...

sya,
blh2.. tapi keta sya lagi besar.. hehe..

Suliana said...

kak maria,

su pun lepas bulan puasa ni perut mmg manja skit. huhu.. kena kurangkan makan dan bykkan puasa kot..

Nur Hasyimah Mahasan said...

wah ambik keta baru...keta aper tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails