Friday, September 7, 2012

demam di ulang bulan yg ke 9 ;-)

Assalamualaikum..

Selamat ulang bulan aisyah humairah ku sayang... hari ni (means awal malam tadi kul 2.30 pagi) genaplah si cilik ibu ni berusia 9 bulan. alhamdulillah.. pejam celik pejam celik, 9 bulan dah dia.. 

ok, perkembangan 9 bulan. berat semalam timbang masih cute mute 7.2 kg je.. alhamdulillah masih berada di line putih.. tinggi berapa ek lupa la pulak 67 cm ke? nanti cek balik.. perkembangan ketara ialah dia dah tumbuh gigi ketiga iaitu gigi kapak atas. besar kau giginya, ni mesti style aqil ni, gigi besar2, tapi jangan rosak dulu ye sayang, tak comel la gegel gigi hitam2 macam abang aqil ;-p gusi atas dia pun banyak dah nampak putih2 nak kuar gigi lain.. dan may be itu menyebabkan dia demam semalam.. pukul 4 pagi dia dah bangun - eh sama lah style aqil kalau demam, bangun tengah malam dan kejenya bergayut je.. kasi makan ubat punyalah susah.. normal lah tumpah2 tu kena baju sume.. hmm.. 

Aisyah dah pandai duduk.. suka makan, pantang kalau ada mangkuk dan sudu mesti dia ingat itu makanan dia. suka mengutip. kalau diam2 tengok mulut dia kunyah2 tu, adalah tu dia makan apa2..  suka panjat2 tapi belum pandai berdiri lepas tangan lagi.. lambat lagi kot.. rambut dah nampak lebat. ni rambut ayah dia ni, style cacak2 ni. hehe..



ha tu jelah kot perkembangan anak dara ku ini.. semoga cepat sembuh dari demam.. ok bye.. wassalam..

3 comments:

misscha said...

cepat baek ye ecah :)

Myvitrd said...

comel.. anak 3 hari lepas gi timbang masa usia 9 bulan pun berat 7.3 kilo juga.. tu pun dah banyak turun sebab sebulan dua ni asik demam je..

Masya said...

semoga cepat sembuh, bile anak² demam memang merisaukan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails