Monday, September 10, 2012

masih demam

Assalamualaikum...

Hari ni aku cuti cemas.. cemas x cemas sangatlah.. nak jaga aisyah masuk hari ni dah 4 hari demam.. 3 hari semalam makan ubat demam sendiri.. hari ni bawa g klinik kesihatan ampang... manusia punyalah ramai.. baru pukul 8.15 no dah ke 45.. tunggu punya tunggu, sampai pukul 10 juga...

Doktor kata banyak kahak.. demam dia tadi x tinggi sangat dalam 37 je.. ni bila dah kasi makan ubat dmm, antibiotik dan ubat kahak, alhamdulillah normal dah.. berperang nak kasi makan ubat.. dah pandai sembur balik dan menggelupur.. hmmm camana ni.. kadang terpaksa bagi lagi sekali sebab ubat banyak yang tumpah diluah balik..
Bila dah demam macam ni, mulalah nak ibu je.. dengan ayah pun tak nak.. tu yang ibu tak masak 3 hari tu.. eh alasan. bengkrap bapak kau.. hihi. yelah, dah anak merengek, tak koser nak masak tau. bila dah merengek dengan aku sekali naik angin sebab xde orang pun nak jaga anak..




Aqil hantar taska hari ni.. sian plak. rindu aqil dengan riang ria dia. alhamdulillah aqil ok di kala adik dia demam.. Aku pulak yang geram bila dia terlebih riang. huhu..
Hope aisyah cepat sembuh dan kembali menjadi baby yang happy.. Hope lepas ni aisyah tunjuk kat ibu aisyah demam sebab nak berdiri ke, nak dapat 3-4 btg gigi ke, nak bercakap ke. eh over plak ibu ko ni..

ok bye.. wassalam..

p/s: ank demam, ibu yg syok tidur sekali :-D
Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments:

Qaseh Suhaida said...

hu huu samalah dgn mylittle Hero kalo nak bg mkn ubat mmg susah...kdg2 banyak ubat yg keluar dr yg masuk dlm mulut..sabar je lahh

Suliana said...

qaseh,
tu la, kena sabar byk2 aqnak tgh kecik ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails