Tuesday, September 11, 2012

adik dah sihat..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni anakku aisyah humairah dah sihat.. aku pun dah boleh pegi keje dengan hati yang senang. senang tak senang sangat lah sebab dia masih on ubat-ubatannya.. cakap pasal ubat-ubatannya, budak kecil ni memang penakut ubat.. kalah aqil dulu tau. tapi aqil bila dah besar tak takut makan ubat, cuma tak suka je. bila dipaksa dalam marah2 tu, dia nganga je mulut dia. hmm ni aisyah ni ikut perangai ayah dialah ni penakut ubat masa zaman kecik2 dulu. hehe.. kelakar pulak bila teringat macamana aisyah buat2 tidur dan mulut dia tutup rapat2 bila time aku nak kasi ubat..terpaksa korek2 buka mulut dia, sampai berbekas jari ayah dia kena gigit.. tu gigi belum asah tajam lagi tu.. nanti dah tumbuh gigi penuh, rasakan kena gigit dengan dak kenit ni.. mujur lah kecik lagi, ayahnya kata memang menguji kesabaran sungguh.. Hari ni pengasuh aisyah pula berperang nak kasi makan ubat.. tapi bergantung pada teknik dan skill masing2 la ye.. huhu..
Ni gambar si kecil semalam. ceria bila dah sihat.. cuti jaga dia lah ni. memang melepak duk dalam bilik je. dia pun bangun kejap tidur balik.. aku pun sama naik la.. hehe.. Pengasuh aisyah bagi laksa, so pagi dan tengahari keje aku makan laksa je.. tu yang petang perut melompat2 minta diisi dengan nasi pulak..

Aisyah masih pakai CD lagi.. time malam je pakaikan pampers.. Jadi, di musim2 demam dan berak2 ni, memang berbaloi2 pakai CD.. tak payah susah2 nak jeling baki pampers tinggal berapa lagi, asyik tukar pampers je, botak kepala mak kau nak beli pampers.. Mari kita gunakan CD dengan jayanya.. asal 3-4 jam, tukar CD even tak delah kencing mana, suka mak bila tang jimat2 kedekut ni :-) alhamdulillah..


ha, yang ni masih lagi beroperasi seperti biasa.. Aisyah suka hisap belah kiri. ke aku yang selalu bagi belah kiri? hehe.. susu kiri lagi banyak dari susu kanan.. Dan ini adalah hasil sekali pam pagi ni. Alhamdulillah.. harap2 berterusan sampai Aisyah umur dua tahun.. kadang rasa up and down tu memang ada. tapi tak pelah, demi anak2 kan.. apa ku kisah bawa beg 2-3 biji setiap kali pergi kerja. tak boleh nak vogue2 gitu.. beg kiri kanan penuh bergayut belum campur beg kalau beli apa2. hehe..

Okey.. tu je. sekian..

3 comments:

Ietams said...

sama lah kita.
pegi balik keje bergendong beg kiri kanan bahu.
nak rebeh rasa ngusung

Suliana said...

ietams,
tak pe u.. berbaloi2 :-)

@iney123 said...

botol ape yg kat tengah2 2.cam shantek jerk.hehehe...(botol lak yg di tgk.abis dh susu kompom xleh lawan kan).hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails