Wednesday, August 1, 2012

terlajak perahu boleh diundur, terlajak sahur.....

Assalamualaikum...

Salam ramadhan hari ke 12.. hari ni memecahkan rekod apabila sang ibu terlewat bangun sahur!!! celik2 tengok jam dah pukul 6.13 minit. adui... rasa frust sangat... semalam berbuka memang makan nasi. tapi bila teringat air, mulalah rasa tak keruan. ni baru pukul 10, rasa tekak ni kering je. huhu.. sebab semalam minum air sikit je. pastu masuk tidur awal. pukul 10 selepas lipat kain dah mula golek2 atas katil.. huhu. dah lah batuk tak baik lagi. seksanya batuk di bulan puasa ni. seingat aku tahun lepas pun aku batuk di bulan puasa..

Ok, semalam berbuka masak sendiri. masak ikan siakap sweet sour. potong dua konon bahagian ekor nak makan sahur. sekali tu terlajak, pagi ni masuk peti la.. sayang nak buang woo.. mana tahu balik ni boleh makan lagi.. petang ni macam nak tapau kat ani sup utara la. heehee..

Oh hari ni dah bulan Ogos.. my lil daughter next week masuklah dia 8 bulan.. Budak tu sekarang ni sangat notty girl tau.. tangan tu pantas je mencapai apa yang dekat2 dengan dia. kalau duduk atas meja makan tu, cepat je tarik pinggan aku. kalau letak kat bawah, penat kitorang kutip dia supaya kembali ke tempat asal. hehe. kalau tak, sibuk nak memanjat.. nak kacau orang makan. bila tengok orang makan, dan tak suap kat dia, mulalah dia mengerang2 nak sikit. hehe.. dah pandai nak meniti, tapi seriau takut dia terbalik.  suka tengok tv. pagi2 bangun mesti nak cium2 bau baby dia tu.. mmmuaahh...

Yang bawah ni pic semalam post kat instagram.. sementara nak tunggu isyak tu ajak budak bertuah ni bergambar. nak amik gambar dengan aisyah punyalah susah nak duduk diam. duk melingas je gerak sana sini.. Aqil pulak ok je.. ramai kata muka aqil macam ibu dia kan. hehe.. yelah anak ibu ni.. selalu kena marah dengan ibu.. tak dengar cakap.. kalau keluar pagar tu, memang tak dengar dah cakap ibu. ibu kata ada kereta, selamba je jalan tak nak stop. geram tak.. dah, lepas ni tak payah teman ibu amik adik kat rumah pengasuh. Time makan pulak, mata sibuk nak tengok katun. kadang tu, kecut jari tunggu dia datang balik nak lagi. ralit sangat tengok kartun.. eee... tu lah kadang2 yang buat geram tu..


Oklah, tu je.. semoga hari ni aku dapat meneruskan puasa dengan jayanya. insya-Allah.. Wassalam..

3 comments:

ejaMaria said...

owh... kalau akak mmg tak boleh ada istilah 'terlajak sahur'... naya tau ada kanak-kanak puasa... jd nak tak nak kena usaha bangun juga... :)

nur said...

alahai kesiannye.. tabhkan hati

Wanie Halil said...

wani selalu terlajak..br beberapa kali je sahur...tp minggu ok sket..sbb raeys tolong kejut... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails