Sunday, August 5, 2012

seronoknya berbuka bersama family

Assalamualaikum...

Salam ramadhan hari ke 16.. Alhamdulillah sampai juga di home sweet home @ kluang johor darul ta'zim.. Terima kasih sang kancil membawa kami dengan selamat :-)

Sesampai di kluang, sepupu aqil tercinta telah menunggu di depan pintu iaitu abang aiman dan adik affan.. Diorang sampai dulu.. Macam nak raya dah gayanya bila faiz iaitu adik lelaki ketiga sampai... Maka, sume anak2 buah complete la time ni. Yang tak de, mak buah sorang je iaitu mak ida.. :-)

Kami sampai sebelum pukul 1 petang. Aiman dah sibuk nak mandi kolam. Terpaksala mak tehnya yang baik hati ini mengepam angin kolam. Somput den, dahla bulan pose, nak kena pam kolam pulak. Huhu...

Bila dah petang, ready untuk memasak pulak. Kitorang gilir2 masakla.. Ada ketam gulai nenas, sotong kembang masak sambal kacang, sayur kailan, pavlova bawa dari kl dan pelbagai juadah bazar ramadhan yang memenuhi meja.. Alhamdulillah, tiada pembaziran. Sume cukup2 dan balance bawa ke sahur..

Untuk yang pertama kali merasai pavlova, tentula mula2 takut nak makan. Selepas makan, rasa tak cukup sebab sedap!! Nanti buat lagi kak teh!! Insya-Allah.

Pukul 10 nanti, kami ramai2 nak berjalan ke bandar. Nak cari baju raya untuk en suami pulak dan baju tambah2 untuk anak2.. Hihi...

Hmmm seronoknya pulang ke kampung. Lagi2 bila mama dah renovate rumah, tambah bilik dan buat dapur baru. New look and new environment.. Cantek... I like :-) kena la tolong lap2 habuk construction dan mop selalu sebab masih terasa lagi debu2 nya..

Ok till now. Esok pulak amik cuti taska aqil tutup sempena nuzul al Quran.. Esok juga perjalanan balik ke kl. Doakan kami selamat sampai ye..

Bye. Wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails