Monday, August 13, 2012

Salam Ramadhan hari ke 24

Assalamualaikum...

salam ramadhan hari ke 24!!!! wah dah 24 ye kawan2.. tak lama lagi nak raya!!!!!! hari ni berduyun2 lagu raya kat radio. al maklumlah weekend mana dengar radio, kena paksa tengok kartun je kat tv. huhu.. dan cerita sedih kali ke berapa ntah.. hari ni miss sahur lagi.. benci2... *mood hentak kaki* sedar2 pun hasben kata dah azan.. pagi ni awal lagi dah terasa haus sangat.. huhu... semalam buka makan bubur lambuk, nasi sikit, air teh o.. pastu tak makan2 dah kecuali minum air je.. ralat betul tak dapat sahur tau.. (-_-) Okey, harap2 dapat tenaga sampailah waktu berbuka nanti. insya-Allah.. tapi tengahari ni ada hati lagi nak gi merayap :-p  

Cerita dua hari lepas. hari sabtu, bersemangat nak buat biskut raya.. siap ponteng kelas mengaji lagi.. sekali tu dapat sms, kelas ngaji batal. Nasib baik, kalau tak, lama lah aku tak datang kelas ngaji.. so, projek cookies pun bermula. rumah masih belum kemas betul2 lagi. just kemas olok2 je. hehe.. Ada pulak rumah selang sebuah rumahku renovate. siap lah berhabuk rumah nanti. sabo jelah... sebelum bercuti raya, kena all out lah kemas rumah..

Okey, memperkenalkan (drum roll...) biskut cendawan yang pertama dibuat sendiri tahun 2012!!!! hehe.. proses mengulinya kejap je, nak menerap dan mendeko tu berjanggut. masa tengah buat tu rasa alahai nyesalnya buat kuih raya ni. dah la sorang2 tertonggeng2 kat dapur.. tu nasib baik lagi tu en suami tolong control anak2.. diorang perangai baik hari tu, dapat siap biskut dulu pun jadi.. deko2 tu sambung hari ahad pulak sebab hari sabtu nak buka puasa kat kampung suami..

 ni biskut cendawan yang belum di bakar..

 budak yang membuatkan ibu nak 'terbakar'.. 2 jam aku tunggu dia nak tido, tak nak tido2, main je.. last2 bangun lipat kain, baru lah dia nak tido.. huhu

 sambung hari ahad. aku ni tangan keras sikit.. jadi, icing adalah berjerawat. tak smooth :-p


ni buat selepas maghrib semalam. last tray.. dah malas.. yang mula2 bintik 5, ni bintik 3 plak. haha.. still cute apa. tapi suami kata, ala, rasa biskut je.. eee.. tak support lansung. sedap la.. rupa cantik, rasa pun sedap apa :-)
ni lah buktinya.. aqil tertarik dengan biskut ni. angkut sume balang kuih tu makan sambil tengok kartun..  risau aku tau takut terbalik balang tu, nangis okey kalau biskut comel2 pecah berderai. huhu.. Oleh kerana anak ku dah pandai makan biskut raya, nanti aku nak buat biskut kalerful macam ni, baru dia nak usik biskut raya tu... :-)

Okey, resepi amik dari blog kak ita masam manis. silalah cuba kalau korang ada masa nak buat kuih raya.. :) Okey tu je nak kongsi hari ini.. Wassalam

4 comments:

Ietams said...

wah dasat!bravo!!bravo!!
ade anak kecik pun buat biskut raya siap ber icing lagi..
saya punya biskut raya jenis senang punye aje

Huda said...

eh rajinnya awak buat biskut raya..saya kan, benda lain suka buat kecuali la biskut dan kek tau..entah bila la nak timbul minat ni..

fiza arshad said...

hebat la kak sue, kagum! hehehe
fiza punye biskut raye yg sng2 aje .. ditambah faris yang xmo berenggang dgn umi die lgsg hehehehe :) nk rase sket biskut cute cendawan kak sue tuuuu :)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Same2 la kite punyer kuih raye amik dr kak ita jugak huhuhuuuuu?..teringin ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails