Friday, August 10, 2012

persediaan raya

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat!! korang, pelan apa tengahari ni? hehe.. aku nak gi merayap tengahari ni, nak pegi kedai bahan kuih/kek.. saje nak tengok2 kot lah boleh buat kuih raya ker.. di samping top up bahan red velvet buat spare.. nak pegi selalu, jauh pulak. alang2 ada orang nak pegi, i follow je la....

Ok, ni dah nak dekat2 penghujung puasa ni, dapat pulak duit bonus kan, kadang terlupa kuih2 raya yang telah diorder. semalam, bawa balik 2 bekas kuih raya. hari ni dapat lagi kuih raya. dah, habis dah order kuih raya aku.. dapat tu bukan dapat free, sila lah bayar duk sedap mengorder hari tu kan. hehe..

Persiapan raya kami simple2 je la.. dalam minggu ni juga baju raya yang ditempah dah settle.. semalam juga dapat sepasang baju kurung raya Aisyah..duit mengalir dengan laju nya.. kena put aside sikit bonus kalau tidak, makan ikan kering je lah nanti. hehe...

 testing baju raya saiz XS.. yeay muat.. cuma kain labuh boleh lipat.. cute sangat aisyah in baju kurung..

budak ni balik dari rumah pengasuh ngamuk2 nak tidur.. ibu dia paksa suruh test baju, tu muka  baru nangis tu..
 pastu kasi nenen, terus tidur. tak sempat nak salin baju.. time buka dia bangun terus salin baju :-)

 ni baju raya aqil.. haha. tak surprise la ibu ni dah tunjuk.. tak pe, biar baju ibu je surprise.. hehe

kesian, seluar dia cawat labuh sampai lutut.. kena alter balik ni.. getah pinggang pun ketat..

ha, tu je lah serba sedikit persiapan raya untuk anak2.. untuk ibu baju kurung je, untuk ayahnya, baju melayu, kemeja dan t-shirt beli kat Kluang hari tu. kasut raya tak de.. tak de kot baru beli masa ayah aqil dapat APC hari tu. pakai jelah apa yang ada.. bajet weih.. beli untuk anak2 je la. rumah pulak, tak de tambah barang baru pun, cuma langsir je dah 3 tahun tak tukar, tu pun tersadai kat kedai langsir kluang, bayar sikit2. hehe. atok aqil pun minta kemeja, belum beli lagi.. tunggu minggu depan la last round Sogo :-)

Okey tu je.. bye. wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails