Thursday, August 9, 2012

Diari ramadhan hari ke 20 : hati ku berbunga

Assalamualaikum..

salam ramadhan hari ke 20.. alhamdulillah.. syukur di ucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih dapat menghirup udara di bulan yang mulia ini. Bangun sahur dengan hati yang tenang walau pun semalam dah niat nak bangun tengah malam, tapi tidur tu tersedap la pulak. huhu .. tu lah manusia manusia.. Aku ni kalau dah lepas isyak kul 9 malam, buat terawih sorang2 kat rumah, tu pun sangkut2 layan si kenit tu dulu.. bila dah leka, sambung balik.. pastu, belum pukul 10 dah masuk tidur dengan harapan nak bangun malam. Sekali tu, harapan tinggal harapan je lah. unless kalau aku belum Isyak, memang akan bangun tengah malam untuk solat.. banyaknya dugaan bila nak buat baik kan. huhu..

Hati ku berbunga juga bila mana hari ni Insya-Allah group tadarus akan menamatkan juzuk 29 dan 30.. Alhamdulillah.. bayangkan kalau nak khatam al-Quran sorang diri memang tak mampu la kan.. makan tahun agaknya.. itu aku lah yang mana baca quran lepas maghrib yang dapat 2-3 muka je.. Pada yang belum habis lagi, yang tak de group tadarus tu, tak pe.. yang penting istiqamah. jangan baca Quran time bulan puasa je, jadikan amalan setiap hari.. Insya-Allah rumah kita dari jauh Allah dah nampak bercahaya :-) Ingat lagi tak tafsir al-Quran yang aku dapat hadiah dari unit lama dulu. kalau tak ingat boleh refer link ini. Selama ni aku buka gitu2 je la, tapi time tadarus aku baca tafsir ni.. Bagus sangat!! ada penerangan tafsir, ada hukum-hukum tajwid kat muka surat last.. lambatnya perasan.. lagi bagus baca Quran sambil jeling2 makna bacaan itu.

 sharing tanda wakaf dan tanda baca

Lagi hatiku berbunga riang apabila hari ni bonus masuk. alhamdulillah.. boleh la belanja sikit2 tukar duit raya selebihnya simpan.. gaji bulan depan awal pulak, lagilah kena hati-hati simpan....

ok. get to go.. wassalam..

1 comment:

Cik Puan Rara said...

gaji yg awal tu kena buat buat x nmpk jeee.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails