Thursday, August 2, 2012

Diari ramadhan hari ke 13

Assalamualaikum..

Hai korang. buat apa tu.... dah 2 hari emel ofis ada problem.. maka, semua kerja pending. hmm.. susah susah... eh hari ni korang masak apa? dah hari ke 13 ke hari ni? tadi pagi alhamdulillah dapat bersahur. 2 kali aku tambah nasi :-p Semalam, kami berbuka makan domino's pizza yang di order.. regular pizza tu mampu dihabiskan oleh kami berdua. al maklumlah dah lah tak sahur kan, sekali dapat pizza cheese burst.. amik ko, 3 keping sorang laju je.. hehe.. dah, tu je yang kami makan semalam.. Alhamdulillah sampai petang semalam tak de lah flat mana. masih ada tenaga untuk membuat kerja2 rumah sikit2.. 

hari ni tak tahu lah nak masak apa.. takkan nak lauk ulang2 je kan. aku ni memang tak kreatif sikit. balik2 sambal merah sambal merah sambal merah. hehehe..  tu je lauk yang aku selalu masak. bukan apa, kalau masak lauk macam kari ke, masak kicap ke, en suami tak berapa suka. katanya lah. tapi kalau aku masak ada chance tambah nasi lagi ni. haha. perasan. tak delah, tak syok la kan aku sorang je suka.. nak masak gulai lemak pun better tak payah la, tak dapat lawan maknya. jadi, aku surrender la masak, jadi bersambal lah kitewwww.... gituwwwwww :-p 

Eh korang. kuih raya dah beli? hehe.. tetiba excited plak cite pasal kuih raya. semalam, dah sampai kuih raya jenis yang kedua kat rumah aku. aku beli dari kak di green apple.. sedap gitu biskutnya.. actually repeat order.. maka, dah ada 3 jenis dah kuih raya kat rumah aku. tapi tu pun bukan semua aku punya, kena sub kat rumah MIL, kat rumah mak aku lagi.. kalau tak silap aku, ada lagi 2 jenis kuih raya yang aku order belum dapat. masaklah siap kan duit :( tu belum yang laki aku order lagi. eh tiba2 terbanyak pulak kuih raya. padahal niat di hati yang berjiwa besar ni nak buat sendiri. siap dah beli buttercup tu.. tengoklah camana nanti. hehe..

Kalau ikutkan plan, weekend ni nak balik kluang. tapi, kereta aku masih belum sihat lagi. pening pikirkan pasal keta ni, nak beli keta baru tak mampu lagi.. huhu.. nak tak nak, naik kancil je lah balik kali ni.. bawa slow2. taska aqil tutup hari isnin ni, cuti nuzul quran.. aku pun terpaksa lah cuti sekali. dah tu, sape nak jaga aqil pulak. nak bawa opis, kesian, aircond opis ni sangat sejuk.. tu yang dia balik demam hari tu.. agaknya lah.. huhu..

Okla.. till then. bye.

wassalam...



1 comment:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

samalah sue.. bila asben, yg tu tak suka yg ni kureng gemar, at last, kita nak berkreatif pun jd mcm tak brani, masak2 tak makan buat lotih je kan, last2 masak ulang2 gak menda yg sama.. kalau kawen 20 taun nanti tak tau la nak ulang menda yg sama mau buhsan giler dah..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails