Wednesday, August 29, 2012

cerita raya kami

Assalamualaikum..

Cerita raya kami tahun ini sangatlah best :-) beraya sakan sampai 3 buah negeri.. Negeri sembilan to johor to kuala terengganu.. Actually to terengganu tu tak plan pun, pegi tiba2 je mengenangkan ada cousin kahwin.. mengenangkan juga macam dah tak de nak beraya sangat kat johor tu, moh le kita balik kampung mama.. mama pun apa lagi sukalah dia.. kalau tak, sedih je bila ayah aku kata dia busy kerja la, meetinglah. huhu..

Ok2, before pegi jauh, kita cerita di negeri sembilan dulu. Kami balik kampung hari sabtu. biasalah rumah dekat balik lewat sikit. kemas rumah, kemas beg bagai lah.. anak2 hantar taska. kemas beg memang lemau. seharian hari jumaat yang aku cuti tu, duk kemas beg dan kemas rumah je. penat aku baring, pastu sambung lagi, sampailah ke petang.. kemas pun tak delah all out sangat. huhu. tak larat lah bulan puasa sorang2 pulak tu.

Okey, esoknya balik kampung lenggeng.. tengok rumah mak pun dah berkemas. aku tolong sikit2 je la. biasa orang negeri sembilan kebesarannya adalah lemang dan rendang. itulah yang aku duk makan kat sana. hehe.. dapat lah bawak balik sikit buah tangan untuk orang johor. tahun ni aqil dah pandai main bunga api. yang banyak asap tu.. main orang punya pulak tu. huhu.. tak malu minta orang punya.. tapi dalam kemeriahan main bunga api tu, kesianlah kat anak aku aisyah. terkejut2 dia orang main mercun papan, mercun apa lagi ntah yang memekak2 tu. rasa nak jerit je kat jiran sebelah. aisyah terkejut tu bukan sikit2 punya terkejut, terkejut sampai badan dia bergerak2 mengikut das tembakan tau. sian anak aku.. huhu..
dua beradik yang susah sangat nak capture gambar dia.
cayang ibu.. sama tak muka kami

dah pandai main bunga api

seperti biasa, hari raya pertama, bersalam-salaman..sedih sebab tak dapat join first day family johor beraya sama2 je lah. huhu. bila dah petang tu, mulalah boring, tunggu orang datang tak lebat mana pulak, pakai baju raya dari pagi dah ni. last2 pukul 3.30 barulah gerak beraya. hujan petang pulak.. al kisah baju raya aku tahun ni. ada 4 pasang, tapi yang boleh pakainya hanya 3 sebab sepasang kebaya aku, bajunya tak de, yang ada kain dan tudung je.. tertinggal sebab basuh last day ari tu. sekali la pakej dengan tudung2 raya yang lain. kalau ikutkan aku pakai tudung kelabu bawal yang ada batu2 atas kepala tu, sekali tu boleh tertinggal kat kl pulak. mujur kakak ipar ada tudung awning matching dengan baju aku tu. huhu..

tema kelabu tahun ni


Raya kedua pulak siap2 pakai baju biru.. pagi2 lagi dah berhari raya makan nasi lemak rumah biras.. kemudian, siap2 packing balik johor. balik johor cepat aje ko ye. hehe... nak wat camana, tempat jatuh lagikan dikenang.. perjalanan tak jem tapi setiap exit tol, mesti jem. banyak keta atas jalan. owwhh, oleh kerana kereta ku masih sakit, kami berhari raya dengan viva adikku.. tq ida kasi pinjam car..

siap2 nak balik johor pulak..
3 sisters with mom
 
Sesampai saje pada raya kedua petang tu, ada birthday affan.. mulanya aku sampai elok je lagi, masih dalam preparation. sekali tu, tak sampai beberapa minit, rumah ku diserbu oleh sanak saudara.. haa.. tak menang tangan melayan di samping licin duit raya ku. hehe.. tak sempat nak masuk sampul raya..

Inilah keluarga besar belah ayah. ni pun ada tak balik. adik badik ayah 11 orang..
 
Seronok beraya. ramai sepupu2 ku dah besar, anak dara, anak bujang.. yang masih kecik2 tu dah pangkat pak/mak sepupu kepada anak2 aku.. pak2 sedara ku dah jadi tok nek sedara dah. hehe.. Okey tu jelah cerita  raya di negeri 9 dan di johor. to be continue raya di terengganu pulak.

bye .. wassalam..

3 comments:

Huda said...

eh tema kita serupa la kaler kelabu..:) cantik..

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah ramainya, bestnay dapat bergambar bersama, best dapat main bunga api ek, balqis tahun ni tak main pun

Masya said...

assalamualaikum...

banyak dah tertinggal maraton baca sini dan singgah baca kisah anak² dan raya diterengganu ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails