Thursday, August 30, 2012

cerita raya di terengganu pulak

Assalamualaikum..

Ok sambung balik cerita raya. Kali ni tanpa dirancang kami telah pergi ke terengganu pada hari khamis malam jumaat menaiki dua kereta. Pukul 9 malam gerak melalui mersing, rompin, pekan dan kuantan.. drivernya iaitu en suami dan sepupuku.. jenuh la bersengkang mata malam tu. sampai2 dah hampir azan subuh hari jumaat.. alhamdulillah, safely arrived.. dan anak2 pun tak banyak ragam.. tidur je..

Kami tidur di rumah mak sedara aku iaitu adik mama yang dipanggil cek ngoh.. bangun pagi tu dihidangkan nasi dagang bungkus.. aloh sedap bangat seh. 2 bungkus aku makan. orang lain tengok mereka beranggapan owh aku menyusu badan tu yang makan banyak tu.. hehe. tapi tak tahulah, memang sedap la. dah lama tak makan..

seperti biasa, bila berhari raya di terengganu, jadual adalah sangat padat. nak pusing habis rumah sedara pun tak sempat, ini kan pulak rumah kawan2. huhu.. tujuan utama adalah nak pergi anak sedara mama kawin.. yang selebihnya adalah round2 bandar terengganu :-p

 me dan sepupu2 ku..

 mama dan adik beradiknya.. 

 ayah kiri sekali bersama ipar dan biras.

me bersama mak2 sedara dan sepupu ku :-)

Heee.. gambar pengantin tak de la pulak.. gitulah citenya.. baju raya aku duk pusing2 yang tu je.. lepas kenduri kami gi pusing2 tempat wajib iaitu pasar payang dan terus pegi makan sotong celup tepung. later i show u the pic ok :-)

Hari ahad pagi2 kami gerak balik kluang sebab ayah ada meeting malam tu. dan esok nya aku kena balik kl pulak.. dan destinasi idaman yang ingin diterjahi adalah makan udang galah di rompin. yummy.. later jugak i cite.. biar kasi ada idea skit nak cite apa :-)

Ok. till now. bye. wassalam..

1 comment:

fiza arshad said...

mama kak sue org ganu rupenye hehehe, lainkali dtg mehla sggh umah fiza lak hehehe..*time pose ni teringat plak kesedapan nasi dagang, my fav ltk kuah byk2 hehehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails