Wednesday, August 15, 2012

cenonet


Assalamualaikum...

Dah tak sabar nak cuti ni!!!!! Camana korang? mood nak raya je ni.. tapi kerja tetap kena buat ye tak.. korang stat cuti bila?? aku insya-Allah hari Jumaat dah cuti. Tapi Jumaat tu baru nak kemas rumah sume, hasben aku balik kampung dia kejap nak tolong maknya masak rendang, aku je tak tahu nak ikut ke tak. kalau ikutkan memang banyak planning kalau dorang2 duk rumah, tapi tak tahu lah camana, kot tido je lebih :-p every year memang macam tu lah kan. Hari Sabtu baru balik Lenggeng.. Seperti biasa raya pertama di rumah MIL la.. malas lah aku nak tukar perancangan raya. boleh lepak lama2 sikit kat Kluang. kata cuti lama. hehe.. aku cuti sampai Isnin lagi satu.. Selasa baru masuk keje. nak elak jem.. Senang kan kawin orang sejalan ni. hehe. satu arah je..

Semalam, rumah masih berkeadaan lintang pukang lagi.. hmm ntah bila lah nak all out kemas ni.. tunggu masa yang sesuai la. beg lagi lah apa pun tak kemas. baju raya budak2 yang baju kurung/melayu je aku basuh. baju jalan tu macam sayang je nak basuh.. hilang bau kedai. haha.. eh aku memang macam tu, tak pernah nak basuh baju baru, terus pakai.. nanti kedut2 kalau basuh.. 

Ni dah hari rabu kan. sepanjang isnin sampai rabu ni, tengahari je mesti nak kuar merayap.. dah katanya persiapan raya. huhu.. selagi tak raya, selagi tulah ko duk merayap ye, ada je tak cukup. isnin pegi sogo, semalam pegi jusco, hari ni gi sogo/ jalan TAR balik ;-p ada je lah benda yang belum lengkap.. tu yang aku rasa macam nak cuti awal je.. :-p

Ok, ni gambar semalam, budak cenonet yang menggeramkan kami ni. hehe.. time orang buka, dia pun sibuk nak panjat kerusi.. terpaksa lah berbuka sambil riba dia. dah hantar letak jauh2, laju je dia merangkak menuju ke meja makan bergayut kat kaki minta diambil. bila dah ambil, tangan sibuk menepuk2 meja, sesekali menarik pinggan aku.. huhu.. mencabar sungguh.. apa kita makan, dia sibuk nak juga, aku suap lah beberapa biji nasi yang telah dipenyek2.. abang aqil pulak, kejenya tengok kartun kat laptop je.. bila kita dah habis buka, barulah concentrate nak bagi aqil makan pulak. semalam, banyak dia makan, 2 pinggan nasi lauk ayam goreng kunyit je. alhamdulillah.. aqil ni macam aku kot, jenis malas nak makan. hehe. 


 budak kecik melayan ibu dia posing2. hehe

 cepat2 saya nak lepas ni.. 

my sweetie pie 
cute sangat kasut ni.. kasut kait. beli kat zety.. sila lah singgah kat blogshopnya. tapi aku tak pasti kasut ni dah update ke belum.. 

okey.. tu je nak update. kepada yang dah bercuti raya, selamat bercuti!! hati2 di jalan raya. bersabar banyak2 tak payah rushing2 ok.. Insya-Allah selamat sampai tiba. jangan lupa baca doa naik kenderaan :-)

bye. wassalam..


3 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

cantik laaa kasut aisyah...gewam aunty tgk tau

Taste Of Tapah said...

hehe terima kasih yer sue, nanti i update dekat blog

Suliana said...

yanty,
hehe.. comel kan..

TOT,
welkem back. it's my pleasure

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails