Tuesday, July 3, 2012

walker

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua :-)

Ini walker baru aisyah humairah. terpaksa beli di carefour. pengasuh aisyah minta belikan sebab risau dia sekarang sudah merayap2 dan mengutip2 makanan. merayap main2 kat wayar pulak tu. huhu. kat rumah pun dia suka main celah kabinet tv tu, nanti nak kena alih kabinet tu supaya wayar elektrik tu duduk di belakang kabinet tv. pastu, dia pun suka memanjat2, risau ok takut jatuh.. sebagai majikan yang prihatin, ku belikan juga walker ni, yelah tak nak susahkan beliau. even ada pro and cons nya pakai walker ni.. beli kat carefour rm 109. kalau boleh nak cari yang lagi murah tapi macam tak stable plak bila ditelek2.. yang ni pun cap bird paradise.. boleh la.. pakai kejap je kot, yang aqil punya dulu dah rosak, spring dia tercabut sebab ada budak besar naik, terus tak boleh pakai. huhu..

 dua beradik kesayangan ibu :-)

tengah belek2 mainan atas walker tu. ada lagu2 yang bingit. lalu ibu tutup dengan salotape. hehe.. kalau tak masuk bateri pun boleh, tapi macam bosan je tak de lagu. hehe

dia takut sebenarnya naik walker ni bila walker bergerak. nangis.. tapi kalau walker tu tak bergerak, dia ok :-)

Kadang2 rasa macam amazing je bila ada anak kecil ni. kejap je dia dah pandai itu ini. kadang aku tengok macam anak kucing pun ye.. dengan rambut nipis dia tu. time aku makan, sibuk dia merangkak kat kaki pegang kain. betullah macam anak kucing tunggu ikan :-p tapi anak kucing tak pandai panjat, budak ni siap bergayut kat kain aku. huhu. nak makan pun tak senang. bila dah bawa naik atas pangkuan, sibuk tarik2 pinggan. silakan turun bawah balik .. hehe

Okeyla.. harap2 anak2 ku sihat sejahtera, menjadi anak soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat.. amiin. selamat bekerja..

wassalam

6 comments:

Ietams said...

bila pakai baju sedondon tu dah macam kembar pulak..

NaDia CoMaNeCi said...

Aq dah wat eksperimen anak yg guna walker (aisy) dgn tak guna walker (airis).. Airis/gucik lagi cepat jalan..mmg ada pro n cons la..kena control brg2 yg rendah n atas lantai..

Eyriqazz said...

wah,dah ada walker..hik3,si adik ngan si abang muka tak saling tumpah..memang kalau pi mana2 org tahu adik beradik ni

Suliana said...

ietams,
tu lah baru perasan baju mereka sama :-)

nazat,
hehe. tq.. gegel mmg cepat kot.. aisyah takut naik walker ni, time mkn je letak dlm tu..

iman,
ye ke sama?? hehe.. adik beradik :-)

nur said...

akak memang ketiga-tiga anak letak dalam walker... senang nak buat kerja... beli yang elok terus masa anak sulung, sampai sekarang walker tu boleh guna.. dulu dgn harga RM100 dah dapat yg elok, skrang RM100 dapat yg biasa aje kan?

Masya said...

baju abang dgn adik padan betul amik gambar kat walker ni hihihihihihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails