Thursday, July 5, 2012

handphone kesayangan jadi kenangan

Assalamualaikum..


Pening2.. pening sebab baru tukar sim card masuk dalam SII. dulu masih duk pakai nokia lagi. bawalah ke hulu ke hilir dua telefon ni. yang SII tu memang tak de line apa pun, just bergantung dengan wifi je. now, bila dah masuk sim card, kena control la tengok2 skit mana tahu terpakai data ke.. habis prepaid i. ye, lama dah i pakai prepaid, since 9 tahun dulu :-p pengguna celcom yang setia. apa ku dapat?? Just SMS free to favourite number tapi feveretnya sorang je la. tu pun sekarang dah tak berapa nak sms pun.. huhu.. bagila kredit free ke apa ke bila dah jadi loyal customer kan. kemut tul..

kenapa tak pakai line je? bukan apa, mungkinlah bila dikira2 pakai line orang kata lebih kurang je kos.. tapi ntahla, dah banyak sangat bil aku kena bayar, tak koser la nak tambah bil. lebih2 lagi kalau orang yang suka gayut2 macam aku ni, ntah sape2 je aku call nak mengeratkan silaturrahim, hihi.. tau2 je bil melambung. cukuplah sorang yang pakai line. aku numpang yang itu je lah. lagi pun, tak nak terikat dengan bil. ada duit top up, tak de duit senyap. selalu aku top up RM30 je sebulan.. tengoklah kadang laju je habis, kadang tak habis. hehe.. terer tak ;-p kadang2 aku main2 miss call kat mak aku. hehe.. bising dia, dah keje pun miss call lagi ke. kedekut :-p

Lagi, sekarang aku dah ada tenet kat rumah, pastu ada application WhatsApp tu kan. lagi jimat aku nak bersms.. hehe..tu pun aku tengah study lagi tepon aku ni.. duk copy2 nombor kawan.. yelah sim card aku pun kecik je berapa nama je boleh masuk, yang belen tu semua dalam hp nokia.. yang bestnya, lagi puas hati pakai camera SII ni.. bye bye nokia. jasamu akan ku kenang sampai akhir hayat. nokia ni aku dah pakai 3 tahun, sama macam umur aqil :-) yelah, present for me melahirkan aqil . hehe.. SII ni pun present juga sebab melahirkan aisyah :-)

FYI, nokia ni la yang banyak SANGAT menyumbang gambar2 yang cun dalam blog ni. cun bagi diriku la..gambar blog ku ini terhasil dari petikan N79 ni la.. terima kasih. now telefon ni akan jadi back up.. still akan ke hulu ke hilir bawa dua hp sebab masih berfungsi kan..boleh pakai lagi camera dia.. malam2 boleh jadikan alarm.. :-)

wallpaper aqil dan aisyah.

ok bye. wassalam..



4 comments:

Miss No Body said...

guna la digi..abah selalu dapat bonus kredit n sms..selalu sangat..boleh kata tiap2 bulan la sebab dia pengguna yang tegar..selalu topup.. lagi pon kalau tak de kredit boleh pinjam RM3..berbaloi jugak

*azni* said...

pasni anak no 3 dpt hadiah ape pulak? ;) kite pakai tipun cap hayam je..

Syahada Ahmad said...

Asben sha pun pengguna prepaid yg tegar sehingga tahun lepas kot. Sha suh dia tukar line, dh asyik menopup jee.. Balik 2 minggu je, tp topup kalah org pkai line, beratus. Dia jenis yg x suka sms, call lg senang katanya.
Skang bil x cecah pun rm30 sebulan. ;-)

ejaMaria said...

akak pun pakai nokia dan prepaid...
selalunya mmg tak online dgn hp... tapi ada sekali tu Luqman main game... bila dah boring agaknya dia main klik-klik je internet... tetiba prepaid akak habis... dia pulang phone... hahaha... hangin mama dia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails