Thursday, July 12, 2012

esok nak shopping

Assalamualaikum..

Pagi ni ada meeting kejap je lagi, habis separuh hari dah kat meeting tu.. perut lapar pulak tu. dinner malam tadi kira awal jugak lah. mood pagi ni adalah mengantuk.. nak tidur je rasa.. 

Hmm besok pulak aku cuti.. Ada member sale kat Sogo 13-14 julai ni!! ni bukan sebarangan sale. chewah.. sale yang orang beratur nak masuk pastu yang tingkat 4 ke tingkat 5 ntah yang jual baju kanak2 tu penuh dengan orang sampai ke escalator.. bila dah padat, ekon pun tak rasa... memang ibu bapa kerumun kat situ je lah. termasuk lah aku. hehe.. tahun lepas aku pegi time tu aku kena chicken pox, last day aku mc, kena terjah juga. tahun lepas anak sorang jer.. beria aku pegi juga. tahun ni anak dua. eh lagilah kena terjah :-)

Murah sangat ke? for me, murah juga compare dengan tempat lain2.. tapi esok kena pegi awal2 la macam orang nak gi keje tu.. aku join sekali la en suami aku keluar rumah. masak kalau terlewat sikit, habis lah tak boleh masuk tingkat 4 tu.. eh bersemangat pulak.

Bulan puasa tak koser la aku nak bershoping2 bagai nak rak. shopping santai boleh la. baju budak2 kena la banyak sikit kan.. bukan selalu beli baju jalan diorang.. baju mak ayahnya, hmm bila2 boleh beli kot. hehe.. betul lah, bila dah beranak pinak ni, utamakan baju anak dulu..

Haa.. tu je lah citenya. pastu petang esok aku ada jemputan kat opis lama.. nak sangat pergi tapi maluwwwww... :-p insya-Allah datang berseorangan kot.. memang dah lama tak pegi, pegi dulu time nak buat pelarasan gaji, laju je aku pegi. hehehe..

Ok bye.

wassalam :-)

6 comments:

ejaMaria said...

itu la... planning mmg nak terjah jugak... tapi kerja tengah banyak... kompom bos tak bagi cuti... T_T

e!ya said...

wahh niat kita sama laaa...sok same2 kita terjah sogo yer..npk ibu yg sarat pregnent tego la yer hehehehe..

Myvitrd said...

wah confirm ramai orang dekat situ nanti... borong jgn tak borong

Nur Hasyimah Mahasan said...

huhu..tak dapat nk terjah coz esok dh kena p kursus smpi nextweek...huhu

Suliana said...

kak maria, pegilah hari sabtu :-)

ieya,
hehe. ntah cam ntah tidak mesti ramai orang kan.. take care soping esok :-)

myvtrid,
borong apa yang patut je :-)

Mama Farris said...

acara wajib tetiap tahun ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails