Wednesday, July 11, 2012

Bubur si cilik - bubur ikan bilis, kentang dan brokoli

Assalamualaikum..

Dah tak reti nak campur apa dalam bubur aisyah. ikan dan ayam dah lepas dah. now duk ulang2 yang itu je la pun. hehe. tapi semalam, try ikan bilis pulak sebab ayam atau ikan tiada dalam freezer.. ikan bilis pun bagus apa, kalsium :-)

Semalam, kami tapau je dari kedai. so ada masa sikit petang tu nak prepare makanan untuk aisyah sebab stok bubur dia dah habis.. ayahnya nak kuar malam tu, cepat2 la siap kan apa yang patut. 

mula-mula, renehkan beras, agak2 dah kembang masukkan kentang yang telah dipotong dadu
 bertuahnya saya sebab steamer tupperware yang baru di beli ni sangat membantu nak kukus benda2 comel macam ni.. letakkan steamer atas periuk yang sedang mereneh beras tadi, kukus la brokoli ni. kenapa kukus? kenapa tak masuk je dalam bubur dan kentang tu? ni nak elak over cooked yang akan menyebabkan hilangnya khasiat2 brokoli tu...

comel kan.. hehe.. berbaloi2. bukan takat sayur aisyah je, macam2 boleh buat :-)
di samping itu, rendam kan ikan bilis yang telah dibuang tahinya. jangan buang tulang, itulah kekuatannya :-)
sangai/ gorang tanpa minyak dalam kuali comel :-)
dah siap sangai, blend kering.. pastu, tapis sehingga menjadi serbuk halus. bukan apa, takut tercekik anak nanti. sian dia..
pastu, ikan bilis yang tak berapa nak halus tu, aku campur dengan brokoli yang telah selamat dikukus ni.. guna sampai maksima . hehe.. letak air sikit  nak kasi smooth :-)

tuang ke atas bubur dan kentang yang bakal dilenyek. aku suka pakai penapis ni, malas pulak nak blend pakai blender. pastu kadang blender pun tak hancur sangat.. yang ni dijamin insya-Allah halus.. masa aqil dulu, aku pakai penapis ayak tepung, habis terbarai dah maknya melenyek dengan sekuat tenaga. hehe. so kalau nak beli, beli yang besi kukuh sikit...
gitu rupanya.. campuran brokoli, nasi dan kentang
lenyek2 dengan senduk. ni pun nak cite ke.. hehe. penat juga aku melenyek bubur ni, yelah kentang kan, tebal juga nak ditapis.. 
see.. bawah penapis tu, hasil setelah dilenyek2... kalau ada yang belum hancur like ikan bilis tu,  ku buang saje. hehe

taburkan ikan bilis yang telah dikisar halus tadi.. no salt, no sugar.. original flavour masak dengan kasih sayang untuk anak ibu ni.. makan jangan tak makan. tapi bubur yang ni, macam kurang sikit rasa ikan bilis tu, may be ikan bilis sikit atau rendam lama sangat ikan bilis tu.. ni stok 2-3 hari kot untuk dua kali makan..biasa bekalkan aisyah 3 sudu besar, habis.. kalau bubur ni macam pekat sikit dan anak macam susah nak telan, tambahkan air..

Selamat mencuba untuk ibu2 dan bapa2. menu simple aje :-) saje je lah rajin snap step by step, dapat masak dengan tenang, aisyah tidur awal semalam :-) Kalau korang ada resepi menarik, boleh la share di sini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam..


6 comments:

Huda said...

semua ibu kalau boleh nak bagi yang terbaik, memang remeh sikit buatnya tapi janji anak suka air tangan kita sendiri kan..bersih dan sihat..

ejaMaria said...

aisyah dah start makan ikan bilis?... akak biasanya beri lepas umur setahun - ikan bilis dan telur... sbb ada background ekzema kan... :(
kalau aisyah ok - takpe la... tapi klu naik alergik berhenti dulu la ikan bilis tu...

*akak pun spesis yg lenyek bubur dlm tapis... ;p

Suliana said...

huda,

ye betul tu. home made lagi elok utk bayi. nnti bila dia dah pndai memilih, susah pulak nak kasi mkn :-)

kak maria
takat ni ok lagi kot ikan bilis.. telur su belum try lagi..

~ujicham~ said...

oo.. mcm tu nk guna pengukus tupperware tu..

Hidayah Bach said...

Awak sangat rajin..! Tak pernah buat bubur ikan bilis.. nti nk try.. :D

Masya said...

bertuahya aisyahkan.. dapat merasa air tangan ibu.. moga membesar bagakan juara hihihihihi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails