Thursday, June 21, 2012

weekend lepas punya cerita

Assalamualaikum..

Semalam lagi aku dah masuk opis selepas habis kursus tu half day je.. tapi tak berkesempatan nak godek2 blog ni, busy menyiapkan kerja..  konon nak balik rumah, sekali tu macam malas lah pulak kan, kat rumah mesti aku tido. haha.. lagi satu, malas nak menyuruh encik suami hantar, sian dia.. jem nanti kang lambat plak masuk opis.. *isteri mithali* hehe..

Bila tengok update bulan Jun, hanya separuh je entry aku bulan ni. Tak penuh pun update bulan ni. hehe. makin menurun kerajinan mencoret nampaknya.. bukan apa, letih nak menaip pastu nak edit2 gambar lagi.. makan masa tuh. tulis simple2 je lah :-) banyak nak share tapi bila dah tak tertulis tu rasa baiklah terkubur sahaja tak yah tulis. huhu..

Okey, cite jugalah wekend lepas apa aktiviti kami. memandangkan berada di tengah bulan, jadi aktiviti adalah tidak ke mana yang happening selain dari duduk di rumah..untuk tidak menghampakan aqil, bawalah dia pegi JJ Maluri.. Oh dulu aku ada cite kan aku tak berapa gemar pegi JJ maluri kan, sekarang tidak lagi.. ok jugalah pegi situ, cuma tempat letak kereta dia agak pening kepala. aku kena ingat kat area mana aku park dengan bertandakan sesebuah kedai. kat situ aku masuk, kat situlah aku kena keluar. gitu.. belum arif lagi kawasan ni. hehe.. so, inilah tempat mainan baru aqil dan tempat makan nando's kami. hihi..

Seperti biasa, sampai2 je, pegi makan dulu kat nandos. lapar gile last makan pukul 11. kul 4 lebih baru dapat makan. yelah, mana taknya, kejap kata nak balik kg lenggeng, pastu tak jadi pulak. kalau tak, siang2 aku dah masak tengahari. sape yang kebulur? ahkak juga :-p

Aqil lah yang paling seronok. tapi yang over nya dah main tak nak balik.. selalu gitu. buat muka lah, pukul2 la.. last2, sambil tunggu turn nak solat, mainlah dulu kereta goyang ni :-) nak story skit pasal aqil ni.. sian dia. korang penah tengok tak cite hindustan yang amir khan dengan manisha korela berlakun tu? kan ada lagu akelehum akeletum tu kan? sian aqil, kat sekolah kawan2 dia ramai2 ejek akelehum.. masa aku balik amik dia, satu bilik tu duk "akelehum akelehum" yang aqil nya senyap je sengih2.. ni mesti kes cikgu yang mulakan dulu panggil aqil cam tu.. apalah, nama saya muhammad aqil la.  mak sentap ok o_O..





 makan nando's dulu :-) aqil dan ayah..

 apalah muka adik cam gitu tu, tengok apa tu .. hehe
tetomeinya senyum cam tu.. hehe
 ni lah baju gaun saya.. ibu beli kat sogo.. :-)

la ni, aku suka mencari baju gaun cute2 untuk anak dara sorang ni.. geram plak. dah lama tahan (3 tahun) nak beli baju gegirl, baru la tahun ni merasa :-) tahun ni banyaklah ibu memborong untuk baju raya aisyah kan. hehe. insya-Allah.. tapi cubalah bayangkan budak cenonet ni berbaju kurung dengan rambut tak berapa nak ada.. huhu. macam kelakar je. tak pe2, nanti ibu beli aksesori atas kepala ye, harap2 aisyah masih mahu memakainya..

Okeyla, tu je nak story nya.. hari ini insya-Allaah kami puasa.. mulalah menengok2 makanan je kejenya..huhu.. ok bye. wassalam 



5 comments:

*SiRibenMerah said...

abgnya ensem.. adiknya comel.. seronok tgk2 budak2 membesar neh...mcm2 ragam...

fieda said...

seronoknya abg berposing..gegurl tu sebijik muka mamanya..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

alorr tomei..tenyum camtu.

aishah skang tamo dah riben2 bagai..abis dia cabut pastu isap..huhuhu

Suliana said...

siribenmerah,

terima kasih :-)

fieda,
ye ke kak? bukan mcm ayah dia? hehe..

Suliana said...

rose,
huhu . nah2 aisyah humairah ni pun sama juga nanti :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails