Wednesday, June 13, 2012

TQ Mom!!

Assalamualaikum...

TQ Mom.. itulah pencapaian pumping hari ini.. sape2 yang pakai botol Mom's Little One mesti tahu kan berapa oz hasil EBM hari ini.. hehe.. Alhamdulillah..  rezeki si budak kecik aisyah humairah.. Apa yang ku makan malam tadi? makan malam seawal sebelum maghrib, malam tadi masak cepat.. pastu, tidurkan aisyah jam 8 malam, budak kecik tu dah mengamuk2 nak tidur. sabo je lah.. Pastu, jiran belakang kasi durian 5 biji, sanggup bangun kul 12 lebih makan durian. haha.. may be sebab makan durian kot susu masyuk hari ni.. :-)


Tapi, durian ni, aku tak boleh makan banyak2. weken lepas pulun makan durian kat rumah MIL, kepanasan agaknya, asyik kuar masuk jamban je laki bini :-)

Okey, lately, schedule aku kat rumah aku rasa dah berubah. aku bertambah rajin membasuh kain. hehe.. setiap hari atau selang sehari ada je aku basuh kain. Kalau dulu, aku basuh kain time weekend, 3-4 kali trip. Now, pantang aku tengok baju bertimbun dalam bakul, cepat2 aku basuh. Tengok pada daya ketahanan aku juga la. kalau aku tak letih, aku basuh. tapi CD aisyah, letih tak letih, kena jugak basuh... huhu.. kalau nak diikutkan, basuh kain dan menyapu rumah, lagi banyak aktiviti kain yang aku buat. haha. seperti hari ini basuh kain, malam karang lipat kain.. pastu, kalau rajin, baru sapu rumah, tu pun kesian tengok aisyah meniarap atas lantai yang kadang kala ada rambut aku bersepah2.. huhu..

Kalau sapu rumah dengan mop rumah, sapu rumah lagi rajin :-) mop rumah tak rajin, tengok keadaan.. hehe.. ni dah lama kot aku tak mop rumah.. yelah, kalau takat sapu dan mop ni, en suami kan ada kan, boleh lah dia tolong, anak dia juga nak bergolek2 atas lantai tu kan :-p kalau lipat kain/basuh kain aku tak harap sangat. hehe. kang fail lipat kain, aku yang stress.. baik la pegi tolong aku sapu rumah atau kerja2 yang lain  yang tidak berseni :-p 

jadinya, saje cite je, semalam aku basuh kain, semalam lipat kain yang tertunggak,  pagi ni jemur kain. hehe.. Cuaca pulak lately memang cerah dan panas. garing baju i jemur. tapi kalau hujan, redha je lah baju tak de orang angkat.. huhu.. itulah kerja seorang ibu kan, tak kira lah suri rumah ke ibu bekerjaya ke. Siang malam ada je kerja tak pernah habis. semoga aku akan terus diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan seorang anak, ibu, isteri dan apa2 je lah. hehe..

Hari ini en suami kehilangan seorang ibu saudara.. adik MIL.. nak kata tua, tak tua sangat. tapi pergi tak de sakit teruk apa.. Masa kita bila la pulak. takut rasanya dengan amalan yang tak pernah cukup nak menghadap Pencipta..  Mari sedekahkan al-fatihah.. 

Wassalam...

4 comments:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

oo sebab doyan la ni..hehhe

bagusla suami su nak mop2 bagai..suami sy plak sy suka dia lipat kain sbb cantik je dia susun ehehhe

Nia said...

tu hasil EBM satu hari ke? wah,..banyak tuu,..rezeki :)

MommyAqil said...

Al- Fatihah kepada arwah..
Wahh lepas ni bleh berguru dgn sue plak bab pumping2 ni..ilmu menyusu sgt kureng..harus belek2 entry sue sblm ni kan..hihihi..

Antara mop n sapu rumah aida prefer mop sbb lg senang tp kalo tak sapu mcmana nk mop kan..kena sapu jgk la..huhu..

Suliana said...

rose,
beruntunglah suami lipat kain cantik. hehe..

nia,
ni pagi tadi punya pam. petang lum lagi.. alhmdlh..

mommyaqil,
silakan boleh je baca entry lama2. kita pun masih belajar :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails