Wednesday, June 6, 2012

Percutian Lost World of Tambun, Perak

Assalamualaikum..

Seingat aku, ini pertama kali kot aku gi main2 air tempat2 macam ni.. Kami sampai perak, hari Jumaat... masa ni pun dah consider ramai orang. Mula2 sampai masuk dalam, memang macam lost juga. yelah, tak pernah sampai, tak tahu mana arah nak tuju. dah la panas terik!! Siap la aku keluarkan sunglass aku yang tiba2 memunculkan diri. hehe. dah lama tak jumpa sunglass tu.. Okey, kami tak berniat nak membasahkan diri dulu. kami jalan2 dulu sekitar mini zoo dia.. mini zoo dia tu sejuk.. yelah, banyak pokok2 kan. kat sini, aku boleh heret stroller :-) sian aisyah duduk dalam stroller panas2.. tapi dia tetap boleh tidur :-) sampai kat temapt pokok2 tu sejuk je..

Oh lupa nak cite. anak2 seperti aqil dan aiman masuk kena bayar. dah sampai 90cm ketinggian diorang.. bayarlah.. kami beli tiket online dapat diskon skit.. masa kami pegi tu, upin dan ipin buat roadshow ke apa ntah, 3 hari diorang kat situ.. Makanan luar tak boleh bawa.. Tapi diorang tak delah cek betul2, may be cuti sekolah ramai orang kan, cek gitu2 je lah.. botol air besar aku diorang tak nampak sebab duduk bawah seat aisyah..

Ok2, sambung balik.. masuk zoo, ada racoon, ada ular, ada rabbit.. cuma harimau je may be kat tempat lain.. lepas kuar dari petting zoo tu, kitorang nampak train, terus naik.. haha.. gile penat jalan dalam tu.. train tu pulak round separuh je, kitorang terus dibawa pergi tempat main2 air..

Walau pun orang ramai, tapi masih selesa lagi lah tempat dia. tak de lah padat je kan swimming pool tu. dia banyak kolam, ada kolam kanak2, ada kolam dalam skit, ada kolam yang main gelongsor tu.. kitorang just main kat kolam cetek tu je.. aku? aku jaga aisyah je la.. lagi pun malas pulak aku nak main air skit2, kalau nak basah, biar basah betul. huhu... duduk kat pondok dia pun tak delah panas sangat.. ok je.. aku jaga barang2 sekali.. :-p

Kitorang berkampung kat situ dari pukul 11 sampai lah pukul 3 lebih.. Ada maskot upin ipin, jarjit & mei mei. kelakar tau budak2 ni termasuk lah anak aku aqil. dalam tv kemain ko suka tengok upin ipin kan. bila live, sume lari takut, siap nangis2. sabor  jelah.. yang excited sape tau, mak2 la, siap heret anak2 dia nak tengok upin, padahal anaknya takut. haha..

Jom tengok gambar :-)

 entrance petting zoo

 gorila kangkang sampai termuntah ;-p

 hubby & me

 naik train .. lega :-)

 biras :-)

 seronoknya diorang menyusur kolam ;-)

 entrance disambut oleh upin ipin..

 kita posing2 je lah adik kan :-) cantik kan hasil S II ni :-) self potrait

 kat sini je aqil main.. sabor je la.. main kat tempat cetek je.. hehe

 aisyah dah bosan duduk dalam stroller..

 berani tu en suami pegang ular.. 

geli tau. melompat2 aku lepas tu. padahal ular tu tidur je.. huhu

ha.. ada lagi gambar sebenarnya, tapi over la pulak aku nak atur kat sini kan. hehe. dalam fb pun tak sempat nak upload lagi. Okeylah, nanti kita sambung lagi kat mana kami menginap.. Cuma, nak komen sikit, toilet nya jauh dari tempat bermain tu.. berpusing2 cari.. makanan dia pulak standard la harga mahal. mi goreng 5 bungkus plus air mineral overall cost me RM 50. Upss pastu kan, kalau masuk toilet dia, macam scary gak. bukan scary sebab apa, toilet dia tu open belakangnya. maknanya masa korang tengah buat 'bisnes tu, dinding belakang dia tak de, nampaklah pokok2 langit sume. aku pun pandang2 gak kot lah ada orang skodeng aku kan. huhu. orang skodeng boleh tahan lagi, kot kalau ada ular skodeng camana tu, tak sempat basuh dah mencicit lari. huhu...

Overall, okeylah, boleh pegi lagi.. seronok. tapi kalau nak main air, pegi sunway lagoon pun boleh juga. hehe.. 

Ok bye. wassalam..

3 comments:

Nurul said...

Kelakar bab tandas tu. Ko mencicit lari aku amik gambo ko.hahaha

our memories said...

mmg seronok bawa anak g main air,, tp yg bestnyer mak pun blh thn juga...

Sharinginfoz said...

berjalan sakan cuti sekolah ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails