Monday, June 4, 2012

Percutian Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Bulan Jun 2012 menyaksikan percutian ulung kami sekeluarga. chewah, ulunglah sangat.. hehe. Macam tahun lepas, kami sekeluarga beramai2 telah pergi ke Pulau tioman.. Tapi pada tahun ini, kami 2 buah keluarga sahaja yang bercuti iaitu family kak long dan family ku..

Destinasi utama adalah ke Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak dan seterusnya menuju ke Cameron Highlands, salah satu destinasi idaman ku :-) Ok, oleh kerana kamera ku cable tak bawa, ku update serba ringkas saje cerita percutian kali ini berdasarkan gambar yang ada dalam telefon.

kita lompat dulu pergi cameron. Apa yang kuingat tentang cameron ialah JEM!!!! jem sejem jemnya di cameron. al maklumlah cuti satu malaysia plus cuti sekolah.. dari kg raja sampailah ke atas, beratur naik. ami ko nak sangat pegi cameron kan. hehe.. sepatutnya dari kg raja tu lebih kurang setengah jam dah sampai brinchang tapi ia mengambil masa 2 jam untuk sampai ke atas. memang merangkak.. kitorang dari tambun just breakfast dan tak dapat makan tengahari, berhenti kencing je. terus lompat makan malam pada pukul 7 malam. so, peringatan lah kepada kami semua, iaitu jangan pergi cameron pada musim2 cuti umum dan cuti sekolah.

Tak banyak tempat yang famous yang boleh kami pergi. nak bergambar dengan stoberi pun boleh tutup ladangnya, stoberi habis dipetik.. huhu.. memang lakulah stoberi. apalah cameron tanpa stoberi kan.. Masa hari sabtu kami naik atas, memang tak beli apa2 pun. mujur kami duduk di pekan brinchang tu, waktu malam boleh berjalan kaki ke pasar berdekatan. kami tinggal di apartment star regency hotel. memang tengah2 pekan tu. cuaca pulak, bila dah petang, hampir nak hujan, memang sejuk sangat. budak2 memang kena pakai baju sejuk. tak sia2 ibu beli baju sejuk anak2 :-)

Dari segi keselesaan apartment, apartment dia kira bolehla... tapi luar apartment dia agak sakai lah. dengan parking nya bila kita masuk ada yang tak de lampu. gelap gelita. kalau orang nak pecah kereta senang ni. dah lah aku yang booking, yelah, masa online booking tu, sume dah penuh.. belasah je lah mana yang ada kan. kecoh kejap petang tu dengan jem nya nak pusing2 masuk parking, dengan ejen nak amik kunci tak jumpa cari kat mana. yelah, satu hotel management lain2.. muka masing2 dah macam apa dah, agaknya kalau boleh telan, aku pun nak ditelannya..huhu.. mujur juga apartment yang kami dapat tu, boleh la okey. 

Okey, so first day memang tak de buat apa. sape yang nak jalan2 pasar malam, pegi lah sendiri jalan kaki. jangan kau mimpi nak bawa kereta sebab kalau bawa kereta ntah pukul berapa boleh balik bilik semula.. yang jalan2 malam tu adalah kaum lelaki. kami duduk bilik jaga anak. mujur ada astro. cuma line wifinya memang tak de. DIGI, hancur terus.

Waktu malam, biliknya memang tak de ekon or kipas. tapi memang sejuk lah kan. nak pijak lantai pun tak berani. huhu. mandi sekali sehari je even ada ada water heater.. tapi bila siang, even panas terik tapi angin dia sejuk. tapi kalau tak pakai sweater pun tak pe untuk orang dewasa.. start keluar dari apartment tu sampai la nak ke kea farm, jem manjang. sadis. nak parking tepi2 jalan pun tak boleh, polis trafik saman. sabo je lah.. so tak dapat berenti kat kea farm, ke depan lagi sampai lah ke kg apa ntah nama dia, terla ke tringkap. kat situ pun boleh beli2 juga. ada rose farm, tu jelah kami masuk posing2. hehe.. Jom tengok gambar :-)

 mak long kasi aqil. besar adik pakai. maceh mak long, nanti kita pegi CH ibu beli untuk aiman dan affan plak ye .. masa ni dah sampai rumah dah :-)

 eleh geli geli dia ;-) kat rose farm bahagian kaktus


 one family.. dah berempat :-) 

cheeky aqil.. tapi ibu merajuk dengan dia sekarang. asyik nak kena marah je. sikit2 nangis. mengada. saje nak uji kesabaran ibu kan.

 brinchang di waktu malam. kereta tak putus-putus..

 kembar siam. aqil dan aiman

 famous food. strawberry disaluti coklat. adalah dalam 10 batang aku makan sepanjang di CH ni. jagung mutiara bakar. kami borong 26 batang jagung mutiara untuk ole2 kasi jiran dan kawan2.. makan begitu pun sedap..

 yang ni lagi satu, 4 batang sekali jalan. aiskrim strawberry.. sedap sangat!!!

Aisyah Humairah. tidur pun dengan sweater.. tak sia2 ibu beli :-) alhamdulillah dia dah pandai merangkak.. kat CH ni tak boleh biar dia sorang merangkak, nanti kena sakat dengan budak demok bam bam adik affan.. huhu.. 

hai sayalah affan si bambam :-)

Okey, tu jelah untuk hari ini. ada masa kang aku sambung lagi k.. yang pasti, aku terasa seperti mahu pergi lagi ke cameron highlands. tapi bukan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum.. apa yang aku bawa balik tak banyak. lebih kepada makanan dan sayur2 je. dan bantal stoberi jangan lupa untuk aku.. hehe.. last sekali beli petai kat kg orang asli.

wassalam..


2 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

BESHNYA SU BERCUTI...YANTY DOK UAMH JERK ATHUN NI...LAGI..LAGI TGH PREGGY MOOD SUME KE LAUT MASIN AHAHAHAA

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails