Friday, June 8, 2012

first solid food for Aisyah

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. semalam, aku dah selamat memberi Aisyah makanan pertamanya, iaitu puree apple.. aku beli apple fuji.. sambil-sambil tengok seindah sakura tu, aku potong2 epal setengah biji (lagi setengah aqil nak makan jugak), letak air sikit dan mula lah proses merebusnya.. lagi 15 minit nak habis cerita, siap dah aku blend epal untuk dimakan oleh si kecil itu.. 

ni epal cube yang sedang direbus..

nilah hasilnya.. agak2 yummeh tak? tak kasar sangat dan tak cair sangat..

dari setengah biji epal tu, dapatlah 5 cube untuk disimpan.. ais cube ni beli kat giant, RM 3 lebih dapat 2 bekas. ada lagi 2 kaler pink dan kuning kalau tak silap.. 

adik, jom makan. besar naw sudu adik tu kan. ibu capai mana yang sempat je :-p adik suka tak?


hmm.. boleh lah ibu.. apa kebondo ni ibu.. masham2 ni.. huhu..kembang kempis dah hidung aisyah ni..

Haha.. itulah reaksi pertama aisyah bila disuap puree apple ni.. masam manis sikit.. camana plak epal ni boleh masam.. huhu.. aku suh hasben aku rasa pun dia kata kembang pipi dia.. tapi aisyah oklah makan, dia nganga je kalau suap.. tapi muka dia berkerut macam tu la.. tak sedap ye dik?? tak pe2 nanti ibu buat puree buah yang manis2 ye.. sian adik makanan pertamanya dapat yang masam.. excited dia nak makan, sibuk nak capai sudu jugak..

Okeylah.. malam ni try juga buat bubur blend. epal tu boleh makan hari lain lah.. :-p

wassalam..

5 comments:

mama_muaz&muiz said...

cedapnyer! aisyah dah mkn epal...muiz bln dpn plak ;)

lily lotus said...

alaa siannya muka dia :D...tapi dia lalu gak makan takpe.

Suliana said...

good luck mummy masak ye :-)

our memories said...

rajin btul... sy dlu bg mkn nestum jer.. :)

Ietams said...

betul2 muka menikmati aisyah tu.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails