Thursday, June 21, 2012

bubur ikan tenggiri

Assalamualaikum..

Okey, kali ni aku kasi makan kat anak tak berapa ikut peraturan sikit. hehe.. ikut suka aku je bagi tanpa mengira 4 days rule tu. hehe.. Aisyah dah makan bubur ayam, puree carrot dia suka, kentang lecek pun habis makan setengah biji.. puree apple tak berapa suka.. now, protein yang paling latest aku kasi ialah ikan tenggiri.. pada pemahaman aku kasi makan ikan ni baguskan, omega 3 yang tinggi..

memandangkan stok beku bubur dah habis, aku pun buatlah stok baru semalam.. tapi untuk beberapa hari je lah.. aku masak nasi untuk dinner kitorang semalam, aku amiklah sikit untuk dijadikan bubur.. jimat masa sikit sementara tunggu bubur tu masak kan..

pastu, weken lepas aku memang beli ikan tenggiri untuk aisyah 2 keping. tapi sekeping dah selamat jadi asam pedas. hehe.. so tinggal lah 3/4 lagi untuk aisyah.. aku kasi la dia makan semalam. anggaran 3 sudu besar bubur Mc D tu, alhamdulillah habis.. siap sembur2 lagi.. habislah time makan tu comot bebenor :-) tapi berbaloi sebab habis makan. Ikan tenggiri tu aku grill saje. tambah sikit minyak zaitun, blend.. siap. taburkan atas bubur yang nak dimakan. selebihnya simpan..

Aku kasi aisyah makan 2 kali sehari.. satu bekal ke rumah pengasuh, satu lagi waktu malam.. tu pun kalau aku rajin menyuap.. hehe..


ni gambar masa 1st time makan bubur tu.. comot. ibu dia pun main suap je tanpa mengira beep ada ke tidak. hehe. tak de beep pun, malas nak naik atas nak amik :-)

Okey, selamat berbuka kawan2 yang sedang berpuasa.. tak tahulah nak makan apa. nak makan nya banyak tapi tak tahula yang mana akan masuk ke tekak ku. hehe.. 

wassalam ...

3 comments:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

aishah lom mkn tenggiri lagi..nnti nak cube lah..tapi dia ok je mkn lauk ade ikan..:-)

Ietams said...

nampak sedap pulak bubur nasi+ikan ni..

fieda said...

sedapnya dia makan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails