Thursday, June 7, 2012

6 bulan - selesai satu fasa

Assalamualaikum..

6 bulan yang indah bergelar ibu kepada aisyah humairah..  Indah juga bergelar ibu kepada 2 orang cahaya mata :-) timbangan aisyah hari ini ialah 6.5kg dengan panjang 66cm. panjang naik 1cm je. hehe.. bulan lepas 6.1kg beratnya.. tadi, klinik ramai dan prosesnya agak lama.. dengan nombor tak appear kat electronic board tu, membuatkan kami tertanya2, lambat lagi ke turn kami. rupanya hari ni staff tak cukup dan klinik tu kena cover kawasan lain juga. huhu.. tapi, tetap pukul 10 lebih kuar klinik. okey la tu kan...

dan tadi aisyah kena cucuk hepatitis B kalau tak silap, untuk elak radang hati katanya.. biasalah, menangis tapi tak lama. dia pulak memang time tidur, sian dia tak cukup tidur.. dan selepas ni, bulan 9 pulak kena timbang, aku ingatkan time 8 bulan, tapi berat dia naik okey, so tak yah datang 3 bulan.. cucuk pulak bila dia dah umur setahun.. gitu.. nanti bulan 9 saing aqil sekali lah appointment dia..

Okey, alhamdulillah selesai satu fasa dilunaskan kepada aisyah humairah iaitu EXCLUSIVELY BREASTFEED until 6 month.. tanpa makanan lain, tanpa air masak.. :-) kecuali ubat-ubat demam aci lah kan. hehe.. so, hari ini adik kecil aqil ni boleh lah makan kan.. tapi, kali ni aku tak excited sangat macam aqil dulu. hehe.. aqil dulu 5 bulan lebih aku dah sua2 kan bubur. jenuh aku renehkan bubur nasi yang segenggam tu selama sejam kot nak tunggu dia kembang.. punyalah tak tahu teknik jalan ringkas nya..

Now, aku bukanlah tak excited tapi relax2 je lah kan.. masih mencari2 resepi dan makanan apa yang aisyah boleh makan.. sebenarnya tujuan kasi dia makan ni di samping nak kasi dia belajar makan, bukanlah tujuan nak kenyang semata.. betul tak.. nak ajar dia erti rasa makanan, chewing motion dia camana, pandai ke tidak dia kunyah2 kan.. so, untuk permulaan, eloklah aku buat simple2 dulu, puree buah-buahan.. sonang je.. steam/rebus buah, blend dan simpan dalam kiub2 ais yang bertutup. simpan dalam peti beku selama 3 minggu kalau tak silap. 

Bukan tak nak kasi nestum/jar food, nak kasi dia makan yang original, bukan yang proses2 tu.. mengikut praktikal aku bersama aqil, aqil tak suka nestum. yeay.. hope aisyah pun begitu lah.. kecik2 ni tak eloklah diajar makan fast food cenggitu, awal benar. bila dia dah pandai minta macam aqil, baru lah boleh :-) ni pandangan aku je lah, orang lain aku tak tahu..

Aisyah pulak sekarang ni kalau kita makan memang dia suka nak amik dari tangan kita. menjilat lantai tu jangan cakaplah kan. makan kain memang hobi :-) apa yang sedap kain tu pun tak tahu. so, malam ni kalau rajin aku praktislah makan untuk dia. nurse kata untuk permulaan sekali sehari cukup.. bagi sejenis makanan je selama 4 hari nak tengok elegik ke tak..

Gitu.. dan perkembangan aisyah dah pandai merangkak.. alhamdulillah. nurse kata laju.. laju ke?? dia pun baru reti merangkak dan bergerak. kalau tak, dulu asyik duduk setempat je.. ni dah bergerak2, kadang2 tertonggeng.. tu yang risau sangat. banyak kali dah aku dengar dia tergolek time merangkak. gedegung bunyi gitu.. risau. nak beli walker orang kata tak elok. walker aqil pulak dah rosak.. tapi duduk dalam walker tak de tergolek2 dah. tapi risau walker terbalik pulak. ntah..

Hmm itu jelah cerita untuk aisyah humairah 6 bulan :-) Moga anak ibu ni sihat selalu, panjang umur, diberi rezeki yang luas, boleh ibu ayah tumpang sekaki :-)





wassalam

4 comments:

fiza arshad said...

Comey..fiza dlu pn mcm takot2 tgk faris duk lam walker..5 bln kot..tu pn first tome duduk dlm walker kazen faris..fiza x belikan cz hubby ckp gne kjap jer..hihihi

Ietams said...

tahniah! saya ade 2 bln lagi..

sisanizu said...

comel..comel..memang gaya princess ni..he he

Suliana said...

fiza,

samalah aqil dulu pun ada, rosak dah. huhu..

ietams,
good luck!!
sarah,
princess aisyah. hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails