Monday, May 28, 2012

weak weekend

Assalamualaikum..

Ceh tajuk tak boleh blah :-) Hai korang. buat apa weekend lepas? kitorang berkampung kat rumah je 2 hari lepas.. kesian kat anak2 demam.. Aqil lepas jadi spiderman kat opis ibu, balik terus demam.. tulah aktif sangat kot.. Actually masa nak ajak balik tu, aku pegang kepala dia, panas. pastu kejut dia balik, dah merengek2.. nak tunggu ayah dia tepi jalan, dia kata aqil penat nak jalan. habis tu camana, takkan aku nak dukung plak kan, beg dah la banyak kiri kanan.. paksa dia jalan slow2.. dalam kereta pulak, dia dah melepek je kat aku. ni tak boleh jadi ni. ingatkan nak gi tesco dulu, tak jadi, balik rumah mandikan dia sume, kasi makan ubat..

Dah lama aqil tak demam, seingat aku masa aku dalam pantang tu sekali je lah dia demam, tapi sekejap je, lepas makan ubat terus baik. ni tak, suhu badan dia turun naik 38-39 degree tak turun2 even dah masuk ubat bontot.. hari sabtu pulak, memang banyak kali lah dia mandi.. yelah badan dah panas. Malam tu finalnya suhu badan dia jejak 40 degree.. terus suruh dia berendam dalam air..

 masa ni nangis sebab kena lap2 badan, sejuk dia kata.. tengok mulut merah, panas sangat..

 masa ni dah okey sikit, berselera nak makan..

menangis tu memang menangis lah kan. tapi kena sabar banyak2 dengar tangisan dia tu. bahaya. aqil kan pernah ada history sawan dulu.. fobia dah kami setiap kali dia demam. panas tinggi pulak tu. hari sabtu tu ada kawan kami datang rumah. yelah, dah berjanji bertunda2, takkan nak cancel pulak kan. aku busy sikit lah masak2 sabtu tu. aqil ayah dia handle. Kalau dia aktif tak pe, ni duduk bersedih je, terbaring je. makan sikit je, susu pun minum tak habis.. masa anak kawan datang pun dia tak berapa main sangat..

end up, ahad tu bawa juga pegi klinik, doc masuk ubat bontot lagi dan kasi ubat demam yang baru beserta pakej2 yang lain seperti selsema, batuk dan antibitok Augmentin. Balut badan dia dengan tuala.. Alhamdulillah suhu turun di bawah 38 degree.. dan malam tadi, alhamdulillah, tak panas dah, boleh tidur lena.. Aisyah pulak dedar balik.. sian budak kecik tu, dah la penakut makan ubat, tapi dia dedar jelah dalam 37.6 macam tu..

caye pun demam jugak ni ibu. cian caye tau.. hukhukhuk

masa en hasben pegi klinik tu, doc cakap ramai budak2 demam datang klinik. musim agaknya.. so  take care la pada parents yang lain, musim demam ni tau.. Aku bersyukur juga punya suami yang begitu mengambil berat hal anak nya.. (kena puji sikit ni, haha, kembang kempis la hidung tu kalau baca blog i  ni ) en hasben la yang banyak jaga aqil. dia memang, kalau anak dia demam, dia la yang tolong2 lap2 badan, memang tahan la telinga dia dengar aqil menangis time kena mandi dan balut badan. kalau aku ni nipis je telinga dengar anak nangis. Aku layan aisyah je lah, aisyah pun tak sihat juga kan. Sabtu malam ahad tu memang tidur tak lena la. kejap2 bangun rasa badan aqil. risau sangat. bila aqil dah sihat sikit, barulah boleh senyum2 gurau2 sikit. kalau tak, muka masing2 ketat je.. huhu.. tq so much hubby :-)

atok datang kejap singgah rumah. atok ada kursus di bangi.. datang jenguk cucu2 demam.. sian atok dah kurus..

Hari ni, start dari malam tadi suhu dia dah normal.. harap2 dah habis lah demam dia.. tapi masih bekalkan ubat demam, ubat batuk dan selsema. tadi dah call budak taska dia kata dah kasi makan ubat.. antibiotik je kitorang kasi makan kat rumah.. kalau kasi kat taska, takut dia tak simpan dalam peti ais..

Okey tu jelah nak cerita.. weekend depan pulak kami cuti2 malaysia.. hope everything will go smooth and fine :-)

wassalam..

p/s: lupa bawa ubat tahan sakit, berdenyut balik gusi :-(

3 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tul tu sue..irdina pun tgh batuk n selesema lak skrg ni...mujur demam takde..but mlm sabtu ari tu tok leh tdo gak coz maybe taks selesa kot...n mujur irsyad ok..kalu tak jenuh kan dua2 demam n tak shat ni..

@iney123 said...

aisyah tkt mkn ubat gak ek.sme la aatif pun.mengamuk lau bg ubat.xnk bukak mulut lak 2.siap luah g lau bg gak.2 payah nk baik.tp alhamdulillah.aatif pun dh ok.campak pun dah xde dh.risau kn bile ank demam.br la rs bile dh jd mak ni...;)

Mama Farris said...

shiannya budak2 comel ni..mmg bila anak2 demam kita pun rasa nak demam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails