Thursday, May 10, 2012

try and error

Assalamualaikum..

Cuti masa balik kluang yang lepas, aku saje je lah main masak-masak try and error :-) ntah la ye, makin suka pulak buat2 kuih dan kek. mungkinkah ia bakal menjadi hobi. tapi memang betul lah, tiap2 minggu weekend aku mesti nak cuba buat sesuatu. especially bila tengok blog2 orang yang pandai masak siap dengan gambar yang menarik, kek/dessert seksi je posing atas pinggan, membuatkan aku pun teruja nak cuba jugak..

Makannya tak delah satu loyang tu kami habiskan, kalau seloyang tu, untuk rumah 1/4 je, yang lebih tu tukang makannya budak2 opis lah. minta maaf la kalau tak sedap.. hehe.. tak pelah ye, saya kan amatur lagi, saje suka2.. tapi kalau tak sedap, better la korang cakap, sebabnya kalau korang senyap je, aku bawa lagi, korang juga terseksa nak habiskan kek/dessert i tu. hehehe..

Aku memang peminat kek/dessert especially yang ada cheese :-) kalau ada kursus kat hotel2 tu, aku rela amik dessert dulu.. nyum nyum nyum.. now, aku makin rajin menggodek blog2 masakan.. cantik betul seni2 membuat kek, siap berlapis2, ber checkered2, adoi masak aku nak membuatnya. 

Jari jemari ku ini tidaklah selalunya menjadi. aku pun tak pernah kenal erti jadi tu camana. tapi yang aku betul2 pasti, kek tu sedap, oklah tu kan. hehe.. bantat ke apa ke, asal tak keras kejung, masuk mulut sedap, jalan... :-)

Antara dessert yang aku buat masa balik kluang hari tu ialah puding roti. ni tengok kat blog kak ita masam manis.. memang meleleh2 la air liur tengok blog kak ita tu.. sume nak cuba, tanpa mengukur baju di badan sendiri :-p

ini puding roti campur milo.. sedap :-) ubahsuai dari resepi puding di bawah ni..

yang ini puding roti pelangi, konon nak tiru macam kak ita buat seperti di link ini. tapi yang ni rasanya macam kosong, kurang manis sikit, pastu terhangit pulak. hahaha.. adalah rasa macam hangit2 sikit ;-p

yang ini pulak namanya devils chocolate cake. dirujuk dari blog kak ana suzana.. resepi pun amik dari blog kak ita. kek ini baru je buat minggu lepas. kawan2 sume kata sedap. chewah - perasan. tapi lain dari yang lain. cer tengok macam kek secret resepi kan? hahaha... boleh diperbaiki lagi presentation kek ini. hehe...  ni lah jamu kawan2 opis, sorang satu slice :-)

Dan malam ni, aku kena bersilat untuk 2 biji kek opismate aku tempah. makcik dia nak rasa red velvet cake. siap ada order tambahan dari kawan makciknya. esok nak kena bawa 2 biji. berdebar2 pulak dengan hasil kek tu... dari semalam lagi aku dah siap mimpi2.. hai macam nak exam la pulak.. haha.. malam ni suami ku balik lewat pulak tu dari kedah nun, harap2 aisyah tidur awal.. orang suami balik, sambut dengan lauk pauk, aku ni bertepung agaknya. mujur suami aku balik dalam kul 10 lebih. dah makan agaknya ek. hehe... pandai2 je buat assumption sendiri ;-p

Okeyla, tu je la. harap2 menjadi projek kek ini.

bye, wassalam :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails