Wednesday, May 9, 2012

Telur penyu - ada berani?

Assalamualaikum..

Adoi sibuk benar 2 hari ini.. ni keje dah settle, boleh tenang2 fikiran tarik nafas jap.. Okey, sebelum  aku menayang hasil entry 2 hari dan ada lagi gambar yang belum aku share, ni nak gebang kejap la, aku makan telur penyu pagi tadi. hahaha... jakun tak??

For me, memang jakun dan tak pernah makan telur penyu. orang kata dia macam pasir2, berlendir2 gitu kan. aku dapat makan telur penyu ni pun sebab opismate yang bawa.. Selalu kalau aku balik ganu pegi pasar payang tu, tak teringin pun nak beli telur penyu, yelah tak pernah makan kan..

Mahal rupanya telur penyu ni, 6 biji RM 20.. tapi khasiatnya belum lah sempat aku google lagi.. moh tengok kronologi orang jakun makan telur penyu ni.. :-)

macam bola ping pong tapi yang ni bola ping pong berkedut. hehe..

 mula2, koyakkan sedikit kulit telur penyu tu. model tidak menunjukkan aksi sebenar :-p

 sedut2 sikit..

sepertinya model menahan dari rasa geli :-)

ni lah isi kuning telurnya. putih telurnya tak mengeras even dah rebus setengah jam.. kata kawan aku la..

 kulit telur jangan makan la ye :-)

ha.. dah habis pun kan. control cun sikit.. :-) 
tudung dari little scarf collection kedai kak siti @ sweetkurma.com :-)

so, apa kata ibu aqil.. BEST!!! :-) lentik tak jari i. hehe.. jangan curi gambar i wat jual kepok pulak ye :-p

haa... pada pendapat first timer macam aku ni, telur penyu ni ok.. tak de rasa hanyir lansung. tekstur kuning telur dia pulak macam telur masin, kasar2 sikit. Jadi, kalau sape2 yang belum rasa tapi nak mencuba, cuba lah, insya-Allah boleh telan.. takkan terbelahak atau tersengkang di tengah tekak seperti kita makan telur ayam mentah . jangan jadi macam cik adik yanti tu, aku makan, dia duk tukang amik gambar dan mukanya macam nak nangis tengok aku makan. hahaha..

Siapa kata penyu menangis masa kita amik telur dia. cik ku (partition mate orang ganu) kata, tu bukan air mata, tapi tu lendir tutup mata dia supaya mata dia tak kering bila naik atas darat.. tapi sepanjang dia duduk kat dungun, tak de lagi penyu naik atas rumah dia.. haha.. soalan jujur dari adik yanti. :-p

Okeyla, makcik nak gi kelas tafsir tengahari ni.. babai. wassalam..




4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

pernah makan time ngandung ilham dulu, kat kedai klantan MZ kat kg baru... mcm teringin giler, asben g la belikan, masuk je dlm mulut, bluek..kuar balik.. tak tau la sbb time ngada2 ngandung kot.. kalau x ngandung skrg kot2 leh makan lak balik..

Ietams said...

Hhuhu oleh kn eh telo penyu tu? Mcm lain mcm je..

Duzia Aizen said...

Salam puan.. kat mana sy blh dptkan telur penyu??? ada org tgh mengindam sgt2 ni.. mohon tolong saya.. ^_^ hubungi saya 0176423508 urgently.. sy sanggup ke terengganu utk dptkan..

Duzia Aizen said...

Salam puan.. kat mana saya boleh dptkan telur penyu?? ada org mengindam telur penyu ni.. boleh tolong saya tak puan.. sy Aizuddin 0176423508. sy akan turun ke terengganu utk dptkan.. tetapi sy tak tahu area mana saya boleh dptkan telur penyu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails