Wednesday, May 16, 2012

takziah (lagi)

Assalamualaikum..

Tengahari tadi dikejutkan dengan satu lagi berita kematian.. Mula-mula macam tak percaya. Tapi bila dah dapat kesahihan berita tu dari ramai kawan-kawan barulah nak percaya..

Ingat lagi tak kawan aku yang anak dia sakit kanser yang dah meninggal tu? kalau tak ingat leh baca entry lama ni. Hari ni, adik dia pulak yang meninggal.. adik kepada arwah, means anak kawan aku yang ketiga. dengar2 cerita baru dalam 3 bulan macam tu lah. aku ingatkan aisyah dulu lahir, rupanya ku silap..

Anaknya tu perempuan, demam katanya dan bawa ke hospital, cek-cek doktor kata ada lung infection pastu terus tak de.. Hmm besarnya ujian Allah ke atas kawan aku dan isterinya tu. tak sampai sebulan anak sulung pergi, anak ketiga pulak yang pergi. Now tinggal anak dia yang nombor dua je lah..

Aku terkedu dan rasa kelu nak berkata-kata.. rasa macam ada batu dalam tekak.. tak dapat bayangkan perasaannya ketika ini.. hancur luluh.. Allah pinjamkan sekejap sahaja.. sedih. tak dapat bayangkan camanalah kalau aku berada di tempatnya. nauzubillahiminzalik...

Al fatihah..

Wassalam

2 comments:

ejaMaria said...

takziah utk sahabat Sue... semoga bidadara/bidadari syurga itu gembira disana... Amin

Nur Hasyimah Mahasan said...

Takziah untuk zainal dan family...pun terkejut baca fb shiema...n bila baca blog ni raser cam nk nangis...moga zainal dan family tabah hadapi ujian Allah ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails