Friday, May 25, 2012

spiderman

Assalamualaikum..

hari ni masuk opis balik. bersama-sama dengan aqil pulak. mencabar juga bawa aqil ni. main itu ini, gerak sana sini. hai ah. nak buat camana, taska tutup, aku pulak semalam dah cuti.. Aisyah alhamdulillah bermula malam tadi, dah surut demam dia sampailah pagi ni. Harap2 hari ni okey. Masalah rumah ku yang tak de air pun dah okey, semalam dah ada air kat sink dapur.tapi air belum naik tangki lagi. harap2 balik ni tangki penuh la ye.baju dah le banyak berlonggok2 siap dengan sebesen cd yang duk terendam je. huhu..

Gigi pulak, masih bersisa sakit dan masih berdarah. sikit2 la darahnya. tapi tetap tak selesa. hilang nikmat makan. makan kunyah belah kanan yang tak biasa. adjust2 belah kanan, mesti nak termasuk kanan jugak.. masih terasa2 doktor menarik gigi aku tu. huhu.. tapi alhamdulillah, setakat ni oklah, masih makan antibiotik..

Okey, budak aqil ni aku bawa pegi opis hari ni. biasalah dia memang melasak. nasib baik floor ni tak sama level dengan floor bos2.. kalau tak, huru hara.. bising je. tempat aku ni pun dah bersepah dah. panjat sana panjat sini..  dia kata "ibu, macam spider man tak?" meniti lah dia atas benda tu. huhu..




tadi bawa pegi sogo, makan mcd, maklumlah ibu dia ni makan bubur je boleh. sekali tu, bubur habis, nak tak nak terpaksalah makan burger. habis juga. yelah, lapar tau.. pastu bawa dia gi jalan sogo, dah pukul 2 dia kata aqil nak tido.. huhu. sian la pulak. penat berjalan kot. minta susu botol plak tak de. tertinggal dalam kereta tadi.

La ni, tak tido pun, duk main lari2 lagi dalam opis. nanti balik mesti tido dalam kereta tu..

Okeylah, tu je update hari ni. Selamat bercuti sekolah.. wassalam..


2 comments:

*SiRibenMerah said...

amboihhh.. kemainnn dia memanjat hehehe :)

fiza arshad said...

Hihihi blh thn superman pegi cppt hihihi..kalo la fiza blh bwk faris pg opis hihi.gamaknye kalo bwk..nk tercabut bijik mata my pengarah haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails