Friday, May 18, 2012

potluck hari jumaat

Assalamualaikum..

Dah hari jumaat kan. seperti biasa, aku kalau dah jumaat ni memang terasa bersemangat sikit sebab esok kan weekend, boleh cuti lepak2.. tak de plan nak gi mana2 tapi aku rasa mesti en suami ajak balik kampung dia.. esok pagi pulak may be ada kelas mengaji.. 

Hari ni, unit aku ada buat potluck. masak2 kat rumah pastu bawa datang opis.. ada yang bawa ayam masak pinachi, sayur seafood, udang, ketam, sup ekor dan kuih lapis.. tapi ni sume dalam portion kecik2 je la untuk 7 orang makan.. Aku pulak bawa beras.. haha.. bawa beras je ok.. masak kat opis nasinya. yang opismate lelaki tunggal tu pegi beli air kot. hehe..

mujurlah aku kena bawa nasi je sebab malam tadi memang aku penat giler.. alah, kau memang hari2 penat manjang la.. huhu.. tak dela, semalam memang letih gile, hari kemuncak bekerja.. kalau aku kena masak sesuatu lauk, ntah apa lah aku nak bawa.. ikan bilis goreng je la kot.. berangan nak goreng keropok keping, sekali tu, yang sempat aku sauk pagi tadi adalah beras je 4 pot lebih :-p

Okeyla, kang kalau kitorang ada snap2 gambar aku update balik entry ni :-)

ok, selamat berhujung minggu!!

wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails