Tuesday, May 22, 2012

penyeri

Assalamualaikum.. 

Salam 1 Rejab, bulan rejab bulan Allah :-) hari ni insya-Allah aku puasa. en suami pun ikut puasa juga. puasa ganti, aku yang sehari tu aku dah ganti dah. hehe.. jenuh bertangguh2 nak ganti tak ganti2.. pastu kena nekad la bangun sahur sume kan. kalau tak takut melembik petang karang.. pagi tadi aku sahur nasi beli semalam, lagi 10 minit nak azan baru terbangun, makan laju2.. huhu..

Okey, kali ni nak cerita pasal anakanda sulung ku Muhammad Aqil ni.. baru menginjak ke 3 tahun 4 bulan pada 20hb yang lepas. Alhamdulillah kesihatan semakin baik, dah jarang demam. makin aktif sejak dah membesar ni, dah pandai nak berkawan, nak main je kejenya.. Agak 'manja' dengan ibu dia. Asyik2 nak ibu, dapat pulak ibu yang ala2 'rajin' ni kan, pas kat ayah. hihi. yang mana boleh pas, pas la kan.. yang tak boleh tu kena buat sendiri la.. huhu..

Kebanyakkan aktiviti aku dengan budak aqil ni. Aku basuh kain, dia sibuk nak tolong, nak letak sabun, nak letak kain. aku buat kek, dia pun nak buat kek, aku menyapu, dia pegang penyodok, aku lipat kain dia main bola keranjang kat ampai kain.. u tell me apa yang dia tak beraktiviti dengan aku? ni gi nursery je ibu dia tak de. hehe.. 

Baru-baru ni, bibir bawah dia pecah. main bola dengan ayah dia. camana ntah boleh terjatuh.. gigi atas tu rongak, tunggul gigi pulak tu tajam. bila dah jatuh tu, terkacip la mulut dia tu. banyak juga darah tak berhenti keluar. ada la dalam setengah jam baru berhenti. dah letak ais pun tak nak berenti.. tekap2 dengan sapu tangan lama sikit, baru behenti.. sampai ke hari ni masih belum baik lagi, ada bengkak sikit kat bibir dia..

Semalam, aku gi kenduri tahlil kat rumah pengasuh aisyah. Masa aku tengah makan, aku tengok dia sibuk mengendeng anak sedara tuan rumah nak ajak main. tak lama tu aku tengok dia main tumbuk2 langsir orang tu.. siap dia ajar kawan dia tu cam ni tumbuk langsir. sabar je la aku.. setiap pagi dan petang, nak ikut aku hantar aisyah gi rumah pengasuh, sebab rumah pengasuh tu ada mainan pelik, rupa macam skateboard tapi ada handle.. itu lah yang dia duk main petang2.. huhu..

semua nak berhimpit duduk depan. aku ni tak suka duk belakang kalau dalam kereta, tak nampak view depan. huhu
 rancak berbasikal dalam rumah.. siap sedia kaki untuk digilis.. tak pun, suka melanggar punggung orang. huhu.. risau je takut tak sempat brek, terlenyek jari adik dia.. huhu

 ni apa pesen ni. nak suruh ibu pakaikan seluar!!! 

main bola dalam rumah dengan ayah..

alololo si kenit tomei2 ni baru mandi ni.. hehe..

Nilah penyeri hidup ku.. memanglah/biasalah marah2 anak tu kan, tapi marah tu tandanya sayang.. :-)

Okey2 last. nak share cerita sikit. kan aku dah start join kelas mengaji. Adalah sorang makcik ni. memang ramah, selalu nampak aku dia angkat tangan, tanya mana baby. dia ni duduk sorang kat rumah, anak2 dia dah kawin sume duduk jauh2..hasben dah tak de. setiap kali aku tengok makcik ni, aku teringat kat arwah maktok ku. Dia kalau sembang dengan aku, dia selalu cerita pasal anak dia.. may be dia rindu kat anak dia kot. Satu malam tahlil tu, ada makan2 kan, adala macam2 kuih dalam pinggan dia. dalam banyak2 kuih tu, dia amik kuih kaswi. Dia cakap "makcik tak makan kuih ni, tapi makcik nak makan juga sebab anak makcik suka kuih ni" sedih tak? oo tak sedih ye. tak pelah, bagi aku sebak juga la, kasih seorang ibu kan, anak nak balik, masak sedap2, masak lauk kegemaran, sentiasa ingat kat anak kan.. cite kat orang anak keje ni anak keje tu, bangganya mendapat anak2 yang menjadi.. aku nanti dah tua2 pun macam tu agaknya kan.. sekarang dah jadi ibu pun sensitif betul pasal anak..

hmm.. okeylah, tu jelah nak share.. bye.. wassalam..

3 comments:

sisanizu said...

Tetiba sedih jugak psl mkcik tu..smpai kuar air mata..isyk isyk..nakal ya budak aqil ni.bdk tgh membesar ..hehe

fiza arshad said...

betul tu kak sue, da jd ibu ni sensitip betul..lg2 tgh preggy ni..nsb la dpt bos yg x sensitif :(

suke tgk pic kak sue yg first tu..hepi jer..insyaAllah nanti blh la amek gmbr ngan 2 org anak macam tu, amin hihihi :))

Suliana said...

sarah,
hehe. alhamdulillah dia 'nakal' :-)

fiza,
tq. comot je gmbr tu. hehe.. insylh this year ke due?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails