Thursday, May 3, 2012

Penangan hujan lebat

Assalamualaikum.

Selamat datang mei. selamat berlalu april. dah 3 mei hari ni. entry pertama di bulan mei dan hari pertama masuk kerja. Apa khabar semua? aku sihat alhamdulillah.. cumanya si kecil aisyah selsema lagi. kerap betul budak kecil tu selsema. al maklumlah, banyak virus masa balik kluang hari tu.. cepat je jangkitnya..

Aku baru masuk kerja hari ni. semalam terpaksa emergency leave sebab kereta yang dihantar nak buat kusyen tu, sampai selasa malam baru siap.. jenuh la laki aku dan sepupuku ulang alik pergi tengok progress. sampaikan satu malam tu pukul 4 pagi baru balik tunggu cina tu buat kusyen.. penantian satu penyiksaan. tapi berbaloi lah dengan kualiti yang dihasilkan..

Cuaca kat kluang tak sama macam cuaca kat kl ni. kluang sangat panas.. aisyah sampai naik ruam kat area leher, belakang telinga, badan dan kat area lampin.. bila sampai kl pulak, dari seremban, hujan lebat sangat.. sampai2 rumah, hasben aku masuk bilik atas, tengok masterbed room kitorang berlinang air di lantai. aku ni dah terfikir atap tercabut ke apa kan. frust juga la sebab air tu meleleh turun kat sekeliling dinding, kena tilam baru yang dirapatkan ke dinding. tengok plaster ceiling, bertompok2 air.. huhu.. penangan hujan lebat. aku pun tepon la jiran aka pengasuh aisyah. dia kata memang hujan lebat dan bukan rumah kitorang je kena, rumah jiran2 lain termasuk rumah dia pun sama!! jiran sebelah aku yang baru siap rumah dia lepas renovate tu siap shot2 lagi.. 

lepas tu tengok berita semalam, aku baca yang tulisan kecik kat bawah tu, hujan ribut tahap jingga kat area mana aku tak pasti. musim hujan ke sekarang ni.. kat kluang punyalah panas belengas2 muka aku.. kat sini, siap hujan ribut lagi.. dugaan... bersyukur lah dengan rahmat yang Allah nak kasi ni kan.

eh lupa, post mortem, chewah, post mortem gitu. hasben aku hujan2 tu pegi tengok apa jadi kat bumbung rumah kitorang. yelah, panggil tukang, tak nak datang, hujan la katakan. nak datang sabtu. Oleh kerana hujan lebat tu dah menyebabkan air bertakung kat kawasan yang tak sepatutnya bertakung, ada flat roof skit kat atas bunbung. tak reti nak explain sebab tak buat post mortem bersama. hehe.. 

Okeyla, hope hari ni langit kembali cerah sampai ke petang dan dapat mengeringkan air yang bertakung tu.. Dan hari ni dan esok pastinya hari yang sibuk bagi aku. huhu.. bye. wassalam..



2 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

Kat kl pun panas gak b4 this...baru je ujan masa cuti ari pekerja n gak semlm...n semlm la yg lebat...dr tghari smpi mlm gak la hjan...

Suliana said...

alhamdulillah smlm panas :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails