Thursday, May 31, 2012

mood bercuti

Assalamualaikum..

Esok kami akan bercuti!! Yeay.. Esok kami akan ke utara.. jarang rasanya pergi bercuti ke utara.. esok pagi akan ke Lost World of Tambun, perak dan lusa akan ke Cameron Highlands..  Lost world of tambun tak pernah pergi, sunway lagoon pun tak pernah pegi. yang dah pernah pegi masa bujang dulu tu pun ikut orang, ialah ke A famosa water world. Masa tu memang gile main air dan gelongsor yang mengerikan tu. hehe..

kali ni, pergi dengan kak long's family.. dua kereta la. kali ni, aku bawa baby, jadi mungkin la tak berapa nak main air sangat. may be keje aku ialah tangkap2 gambar. hehe.. best ke tambun ni? mesti ramai orang kan dah pegi time cuti sekolah..

Pastu, lusanya adalah tempat idaman aku. haha. poyo siap ada tempat idaman yang ingin dikunjungi :-p pernah pegi cameron masa darjah 6 dulu ikut rombongan dan juga pada tahun 2005. la ni tak tahula camana rupanya sejuk ke tidak.. ni dah siap2 beli sweater kanak2 ribena ni.. belum apa2 lagi dah terbang duit. huhu..

Doakan semoga selamat perjalanan kami pergi dan balik ye :-) lagi satu alasan percutian kali ni sebab bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 5 pada 2 Jun nanti. alhamdulillah, 5 tahun dah :-p

Okeylah, wassalam..



6 comments:

Marsha~ said...

bestnyeeeeeee.. Tambun sgt best... kena spend time sampai petang baru puas nak mandi...

ibuhebat said...

selamat bercuti2 malaysia.. cameron memang destinasi percutian feberet family akak.. hampir setiap tahun pergi. tahun ni belum lagi. hehehe.. bebaik jalan.

suhailas said...

wah best bestnyaaa....drive safely !!!!

http://crvminsue-mylifemyjourneymyway.blogspot.com/

fiza arshad said...

Slmt jln2 k.sue :)

Nur Hasyimah Mahasan said...

beshnyer...en husband ader gak ajak p cameron but minggu ni memenuhi permintaan my eldest sister yg dok kg ajak p gambang..n gak leh celebrate my annivesary gak kat saner...samer la kiter yer..5 tahun gak...n date pun samer...2 Jun (cuma date tu kiter kenduri, ijabkabul 31/5)..hehe

nway..selamat bercuti n enjoy ur holidays

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah bestnya, semoga selamat pergi & selamat pulang k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails