Tuesday, May 29, 2012

meragam

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. hari ini lambat lagi. ntah berapa kali lambat dah aku ni. patutnya cuti sekolah jalan clearkan, memang clear pun kan. tapi tu lah keluar rumah pun dah lambat, anak2 meragam dan dua2 pun macam suhu dah naik balik :-( kena kasi makan ubat. 

Macam aisyah, nak beralih bulan kot. dari pagi tadi, pukul 3.30 pagi tu sampai ke pagi, dah 3 kali dia berak2.. pastu dia meragam tak nak tidur. bontot dia pun dah mula kuar ruam dan bintat2. aku pun kadang tak perasan dia berak, sebab selalunya kalau dia berak ada bunyi, ni berak cair. tahu2 dah lama terkepam. tu yang merah2 bontot tu... sabar je lah, sapu calamine lotion barulah kering sikit bintat dia tu.. aku ni mata dah terpisat2, ngantuk sangat. bila letak je nangis. pastu decide turun bawah pukul 5 lebih tu dan buka tv. senyap dia tengok kartun.. tahu2 tertidur kami dua beranak depan tv tu..

Semalam, elok je dia main lompat2 atas ayah dia. tengah malam pun tak panas pun. bangun pagi je rasa panas sikit badan dia. mungkin sejuk sangat kot, atau mungkin tak boleh tidur aircond atau kipas.. Sian aqil, belum baik betul. tapi tu lah, tiap pagi bangun mesti nak nangis. bengang betul.. dah lah dah lambat, nak uruskan dia lagi yang banyak songel minta itu ini. sabar je lah.. itu tak nak ini tak nak, kena banyak sabar la, kalau tak memang spoil la pagi tu..


Harap2 cepatlah baik betul budak dua orang ni.. ibu dengan ayah pun kena banyak sabar lah kan...

Wassalam..

p/s: mode mengantuk pagi ni..

4 comments:

yana lyana said...

semoga anaknya cepat sembuh sepenuhnya..

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tu la kan...diorg ni kalu tak shat memng mcm2 peel kan...n moga diorg cepat sembuh

Suliana said...

yana,
terima kasih..

Syima,
tu la, sabo jela huhu.. tq

Umaira Umar said...

salam kenal...

saya dah follow blog kamu
follow kembali ya...tq...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails