Tuesday, May 29, 2012

Lagi produk penggalak susu ibu

Assalamualaikum..

Berehat sebentar bersama kit kat :-) sempat lagi menambah satu entry hari ni.. tadi waktu lunch, orang gi makan, aku tak gi makan. sebaliknya aku telah pergi urut kaki.. lutut aku ni ntah nape sakit pulak. dah rasa macam orang tua pulak bila nak sembahyang tak leh laju2 turun dari rukuk ke sujud. adakah gel sudah habis? eh, tak terlalu muda ke untuk aku gel habis dah ni? huhu.. pakej, siap dengan tapak kaki sekali sakit. akak urut tu kata, tapak kaki aku ni macam dah sakit lama je, sebab dah keras. aku pun tak perasan pulak sebab selama ni tak sakit pun, minggu ni baru terasa sakit pakej dengan lutut. so tadi fokus urut adalah dibahagian kaki saje.. dan sejak dari tadi aku asyik terbuang angin je. eh sopan pulak cakap :-p nasib la partition aku kiri kanan tak de orang, kalau tak mesti ada orang dengar aku duk meletop2 je dari tadi. ahaha.. belasah je lah..

Okey, kali ni nak share satu lagi produk penggalak susu yang aku dah cuba makan. Minggu lepas aku gi jengah kat Lunatots Maju Junction ni nak beli benda2 lain. sekali kat kaunter dia ada jual sample Chocolate rice dan fenugreek.. Aku pun nak juga rasa. sebab sebelum ni aku ada juga beli nursing tea. tapi dari uncang dia pun aku dah tak tahan bau halba tu, so, jadi tukun kat rumah je la.. Now, coklat pulak. coklat memang aku suka. so try beli. sample dia ada 4 bungkus = RM 10..

THE MILK STORY CHOCOLATE RICE


Rasa dia bagaimana? hmm boleh diterima.. sedap juga. walaupun dia ada sikit2 bau fenugreek tu tapi tak sekuat bau nursing tea tu.. aku baru makan 1 peket, tak tahula menjadi ke tak, baru makan sebungkus. tapi tadi aku bagi kat budak opis ni satu bungkus untuk dia rasa, dia pun baru naik keje dari bersalin, dia kata susu dia banyak pagi tadi. tak tahula sebab makan coklat ni or memang susu dia banyak :-)

rasanya lunatots dah jual kot sekotak coklat ni. pas ni kalau nak makan peransang susu, boleh cari coklat ni.. pokai la makcik, coklat ni mahal sikit. hehe.. ada pulak tu aku terbaca kat wall fb suraya lunatot dia dah kuarkan produk chocolate drink pulak.. cer la cuba kalau korang nak menggalakkan susu jadi banyak :-) sedap pun sedap...

Okey tu je nak share.. bye. wassalam :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails