Wednesday, May 30, 2012

kelas hari ini

Assalamualaikum..

Tengahari tadi ada kelas tafsir. Aku join. Surah al fatihah belum tamat lagi, even dah dua bulan kot aku join. surah al fatihah ni ustaz kata kalau nak ikutkan memang panjang penafsirannya.. Ni baru ayat ke 6 (ihdinassirotolmustaqim) minggu lepas aku ponteng :-p tu la kan, manusia ni, benda2 baik ni memang cepat betul nak skip pegi makan mihun tomyam. pastu dalam kelas pulak ternguap2, kecik je mata aku. ada sekali tu tertutup juga. aku sorang je ke yang tertidur. huhu. malu la, dah la memang aku saje duduk depan dekat skit dengan ustaz konon tak nak kasi ngantuk, sekali tu, sama juga. syaitan ni ntah berapa ekor bergayut kat mata aku. huhu

Hari ni aku bawakan recorder puan zeti yang tak dapat join. sekali tu, aku pun mengaplikasi kan SII aku untuk record. haa.. bagus sekali. balik kelas aku dengar semula apa2 yang aku tertinggal dek khayalan mata tadi. huhu..

Makna ayat ke 6 ini ialah YA ALLAH, TUNJUKKANLAH KAMI UNTUK MENDAPAT JALAN YANG LURUS.. Antara ayat-ayat ustaz tadi, kita kena minta selalu ditetapkan iman & pendirian kita, kena mohon hari-hari supaya diberi taufik (petunjuk) dan hidayah. ada orang dapat taufik tapi tak dapat hidayah.. Hidayah tu milik Allah, so jangan putus asa berdoa ye kawan2..

Salah satu cara untuk mendapatkan hidayah dari Allah adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah contohnya pergi ke majlis2 ilmu.. pergi kerana Allah bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.. macam aku ni, pada mulanya memang terasa malasnya, tapi kugagahkan juga pegi. yeay, setan kalah. bila dah pegi, okey je. tapi setan menang pulak sebab duk bergayut kat mata. lepas ni nak kena minum kopi pulak kasi tahan mata.

Ustaz pesan lagi, sebelum tidur, elok baca surah al waqiah dan surah al mulk. Kalau aku ni, sedang nak ulit anak tu aku dah tertidur dan kadang kala tak pasti samada aku baca habis ke tidak al fatihah dan surah 3 qul dan ayat kursi tu.. tu lah, manusia ni kan.. tidur lagi!! Ada orang susah tidur, ustaz kata insomnia tu juga salah satu sihir halus.. untuk memudahkan tidur, sebelum tidur baca ayat ni INNAHUMINSULAIMAN WAINNAHU BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. ayat ni nabi sulaiman pakai sebagai 'letter head' dia kepada ratu balqis untuk menundukkan ratu balqis. ayat ni juga boleh digunakan untuk melembutkan hati suami/isteri. jeng jeng jeng... boleh try malam ni. hehehe..

lembut bukan apa, kalau dapat suami/isteri yang garang tu kan, bacalah ayat ni masa dia tengah tidur. tiup kat ubun kepala dia. paling baik masa dia tengah tarik nafas tu (kalau berdengkur lagi senang nak kenal), hembus perlahan2. tapi pantang larang dia, jangan makan petai/jering/kerdas. konfem dia bangun balik jerkah kau, mulut bau longkang :-)

lagi, ayat yang elok dibaca untuk anak soleh dan mendengar kata ialah surahYusuf ayat 4 dan surah Toha..

ayat amik sini - tapi ustaz cakap stat baca dari Inni ra'aitu sampai la habis li saajidin tu. ulang 3/7 kali tiup pelan2 kat ubun anak.. tapi bukan boleh jadi soleh esoknya, kena amalkan selalu dan berdoa :-)

okey? ada paham? hehe. mungkin apa yang aku sampaikan ni ada salah info, harap dimaafkan dan diperbetulkan.. tu je nak kongsi hari ni.. wassalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails