Wednesday, May 23, 2012

it's pay day!!

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! yeah, today is the day, pay day :-) Alhamdulillah.. bulan ni ternanti2 juga hari seperti hari ini. Bulan ni juga pemotongan elaun kritikal kerana bersalin akan berakhir. Bulan depan baru betul2 clear :-) Nak spend untuk bercuti hujung bulan ni, insya-Allah.. alah, bercuti di sekitar2 Malaysia aje. hehe.. Later will update about this..

Bila dah dapat gaji hari ini, mula la mencorakkan gaji pada bulan depan. Study dan analisis jadual pembayaran gaji. nampak gayanya ada bulan2 yang awal dapat dan ada bulan2 yang akan suffer menunggu gaji akan datang. Contohnya bulan Ogos (bulan nak raya ni) akan dapat gaji pada 13hb dan bulan September akan merana sekejap menunggu gaji masuk sebulan lebih baru dapat, IF perbelanjaan tidak diuruskan dengan betul..

Lagi 2 bulan nak puasa kan. Jadi beringat2 la yek, ni pesanan untuk diri nih. hehe.. kena jimat2. kot ada duit ehsan, ok gak. kuikuikui.. Baju raya aku hampir settle.. kain2 baju raya sume dah beli tinggal nak tempah je. baju aku kalau nak buat yang berfesyen2, takut tak de orang terima je. kalau tak de orang terima, aku kena buka balik la mesin jahit, jahit sendiri. baju en suami dan aqil, dah ada dah kainnya.. tinggal nak hantar je tak tahu nak hantar ke mana. huhu.. Baju dak kenit aisyah, nanti ibu fikir2 kan ye samada nak buat baju kurung comel or hanya pakai gaun comel juga. haha. nak juga letak perkataan comel :-)

Kuih raya pulak macam tak nak beli je. sume nak buat sendiri. kuikuikui.. angan2 besar tu. silap2 ada orang jual, aku pun tak sampai hati tak nak beli.. eh, apahal ni jauh melalut cite pasal raya plak ni. baru bulan rejab ye.. okla, saje membebel tak tahu nak cerita apa.. untuk sahabat ku you know who you are, TAHNIAH DAPAT ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG!!!! (kalau la font ni boleh di blink2 kan tentu lagi syok :-) semoga akan lebih cemerlang di masa2 hadapan. turn aku ntah bila la pulak. tak cemerlang kot. huhu..

Ok bye. wassalam..

ps/: Mari sedekahkan al fatihah untuk saudari Norma yang telah meninggal dunia.. al- Fatihah...

3 comments:

mama maman aka yana said...

beshnyer... :)

Nur Hasyimah Mahasan said...

Dah gaji ek..ingtkan esok...Alhamdulillah...
Diriku pun samer..kain dh beli but smpi now tak hntr tempah lagi..huhu

apc gegirl hee said...

hihi alhamdulillah.. time aceh...

from: "i know who am i"haha. (balas balik ayat ni: untuk sahabat ku "you know who you are")

insyaAllah akan tiba masanya... tunggu je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails