Thursday, May 24, 2012

hari ini dalam masalah

Assalamualaikum..

Dah malam baru lah berkesempatan nak update blog.. hari ni aku Emergency leave. aisyah demam tiba2 pagi tadi. tak tahulah tiba2 tu dari pukul berapa, tapi pukul 630 pagi aku pegang dia rasa panas nya. amik termometer alamak 38.2 degree. Ini tak boleh jadi ni.. aku pun EL.. tak sampai hati lah nak hantar anak yang panas tengah tinggi kat pengasuh. Kalau dedar2 lagi, aku hulur gak :-p

Maka, aku pun jaga cik adik kecil ni. aqil dah nangis2 pegi taska, sebab ibu tak hantar.. huhu.. Panas budak ni on memanjang. naik turun siikit2 je.. tapi malam ni, aku pegang2 dia tadi, dah surut dah. harap2 lah esok dan tengah malam ni tak demam.. risau tau anak demam ni.. lagi lah dia masih bayi lagi..

perangai sama macam aqil masa baby, pandai tolak ubat.. siap muntah2 lagi.. siap aku tengok bertakung lagi dalam tekak dia tu. picit hidung dia baru dia telan. pastu, bila kita letak kain basah or mandi kan, menangis.. tak tahulah kesejukan ke apa. yelah, badan tengah tak sedap kan.. selalu suka je mandi..

awal2 dia ok, tak meragam, senyum je kan walau demam, dah petang sikit, mulalah merengek. tak cukup tido kot.. pakaikan cd je untuk dia..baru kuar panas, berak2 dah 3 kali hari ni..

Okey, tu masalah pertama aku. masalah kedua pulak, aku tengah makan. hasben aku bungkuskan nasi pagi dan tengahari :-) makan punya makan, sekali tu boleh tampalan gigi aku tercabut!!! tampalan gigi tu dah 2 kali tampal.. masa tercabut tu, tak sakit pun. nak tak nak, kena la pegi hospital, kalau tak, merana lah kau nanti.. Aku pun pas kejap aisyah dengan jiran aku ni.. pegilah klinik.. dub dap dub dap juga la. al maklumlah dah 2 tahun lebih tak gi klinik gigi.. Aku pun tak 'mesra' lagi dengan kawasan ni. pegi je lah klinik yang dicadangkan oleh jiran aku tu.

Konon nak tampal je.. doc cakap geraham ni tak boleh tampal dah. dah 3/4 runtuh. kena cabut. cabut berapa?? RM 80.. oklah.. cek punya cek, ada gigi bongsu la, kena cabut ni. kalau cabut berapa pulak? aku ni memang akan tanya harga dulu. gigi bongsu operate RM 450.. 450 ok!!! nasib baik aku ada bawa duit, tu sume duit nak bayar itu ini tu.. huhu. dah la tak de mesin kad kredit. huhu.. lari bajet aku ni. tu duit bercuti2 tu. ^_^ tak pelah, gigi kau jugak!! 2 tahun tak servis rasakan.

Memang berdebar2 la aku. tapi sedapkan hati, beranak boleh takkan cabut gigi takut kan.. banyak lah doa aku baca O_o.. sekai dua batang gigi aku langsai. anak dah dua, hilang lah dua. tamatlah riwayat gigi kiri aku yang aku selalu buat kunyah.. seriau weh doc tu umpil gigi aku. macam cabut ubi kayu pun ada. macam nak lari rahang aku masa tu tau. sakit?? tak sakit, ubat bius ada :-) gigi aku 2 ketul tu doc kasi balik, yang dah buruk tu memang buruk la kan, yang gigi bongsu tu, pada zahirnya comel je, sekali keluar, besar gila gigi tu.. perghh.. tu yang kadang buat aku sakit gigi tu..

Ok, selamatlah proses operation gigi bongsu dan geraham aku.. kena jahit. proses dalam 45 minit macam tu la.. sampai malam ni, berdarah lagi gusi aku ni. mesti mulut pun bau longkang :-) nak makan pun tak leh kunyah.. makan bubur. lapar tau.. dah lah aku breastfeed.. tak boleh tahan, kunyah gak roti.. huhu

Masalah ketiga aku. tak de air dah 2 hari . benci tau. dah lah anak aku demam, nak merendam anak pun bajet2.. nak mandi pun berkira2 tau. paip pecah lah apa lah. sabor je lah..

serabut betul hari ni..  taska aqil dah message esok tutup, air tak de.. tapi air dah kuar malam ni. halus je. camana ni. nampak gaya kena bawa aqil pulak gi opis. harap2 aisyah dah baik demam ye sayang.. risau.. 

ha, tu jelah masalah aku. dugaan betul. anak demam, gigi sakit, air takde, duit terbang.. huhu ok. bye. wassalam


4 comments:

Eyriqazz said...

dugaan..cabut gigi bongsu memang sakit...eden siap demam 4 hari

careno said...

siannya... menimpa2... dugaan... ank demam mmg paling takut... kalau besar takpe skit... ni baby lagi tu...

Nur Hasyimah Mahasan said...

Huhu...sekaligus tu...hopefully aisyah dh shat...duit terbang ntuk kebaikn gak kn

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails