Thursday, May 17, 2012

dah lama tak buat

Assalamualaikum..

Hari ni aku ada mesyuarat pemantauan.. dan hari ni intermediate bos aku tak de dan aku kena present pada chairman... chairman pulak bos besar aku, takkan dia pulak kena present.. weee... dah lama tak buat keje2 presentation ni. selalu jadi orang belakang tabir je.. tukang2 klik gitu je la kan. 

perasaan tu cuak juga tapi tak secuak nak presentation masa belajar or kat kursus induksi. hehe.. may be boleh present secara santai kot.. semalam tengok sikit2. siap bawa balik rumah lagi hardcopy tapi terperam dalam bag je.

pagi ni pun kena pam awal pagi ni, tak boleh nak cilok2 time mesyuarat.. Semalam masa tidur, kilang susu memproses dengan banyak.. tahu2 je dah basah.. aisyah merengek2 terus sumbat nenen, kenyang aisyah.. alhamdulillah :-)

Okeylah, get to go now. wish me luck! wassalam

**********************

Update dari meeting tadi..

Hai lega dah habis meeting. kan betul meeting santai. big boss aku tu kalau cakap melalut2, agenda ntah ke mana, merapu je lebih, buat lawak, ketawa sorang2... haha... jadinya sikit je lah aku bukak suara, slide aku yang 20 keping lebih tu 2 keping je dia suruh buka sebab dah kesuntukan masa.. mana taknya, lari agenda.. pegawai2 negeri lain yang datang pun senyap je dengar je lah dia berceloteh sorang2.. tak lama tu, sorang2 keluar gi makan la, gi borak2 kat luar bilik mesyuarat la. pastu bila dah keep on track balik, barulah orang masuk..

Apa2 pun, okeyla, selamat dah semuanya :-)

babai..

wassalam..

2 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

gud luck dear...paling tak suker nk kena present..huhu

lily lotus said...

all the best yer ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails