Monday, May 14, 2012

abang aqil

Assalamualaikum..

Salam pagi isnin semua kawan2.. Harap2 sihat sejahtera la kawan2 semua. Sekarang ni makin kerap pulak ponteng menulis blog. Banyak sebenarnya yang nak kongsi tapi tak tahulah idea tak mari.. tak de mood juga mungkin. kekangan masa juga..

Okey, cite pasal aqil pulak. dah lama kan tak cerita pasal anak ibu sorang ni :-) semalam, aku buat kek. dalam sibuk2 aku buat kek kat dapur tu, seperti biasa aqil akan sibuk sangat nak tolong. sibuk nak pegang itu nak pegang ini. dia nak tiru watak Ehsan dalam upin ipin tu. dia suruh aku cakap "ibu, cakaplah mula2 kita masukkan ini dulu".. terpaksalah layan budak kecik ni. tapi ada satu masa tu memang tak boleh nak layan la kan, kena jerit la aqil tu. ok, dah siap aku buat kek, aku nak pam susu pulak sementara tunggu kek masak. eh dia sibuk lagi nak tolong aku pasang2 peralatan pam tu. bayangkan lah jari aku ada sepuluh, jari dia pun sepuluh sibuk dekat pam aku tu.. macam stress pun ada. 

Pastu aku cakap la dengan dia, apasal aqil sibuk2 ni, semua nak buat. "biarlah aqil nak buat - sambil muncung2 mulut" sabar je la.. masa aku marah dia tu, muka dia macam relaks je.. tak lama tu, aku dah siap pam, dah basuh2 barang sume, aku tengok dia dah tertido depan tab... huhu.. kesian pulak tengok anak2 ni tidur... Kat sekolah, aqil dah belajar mewarna. dulu, dia pegang pensil kaler pun tak reti, bila dia kaler nampak halus2 je, now dah pandai pegang kaler dan kaler pun dalam kawasan... bagus anak ibu ni :-)

oklah kan even terkeluar2 sikit. buku kaler2 yang aku beli dulu tu, dia dah sibuk cari balik. nak warna katanya. bagus juga pengaruh kawan2 kat taska dia ni. dulu, huruf yang garis putus2 tu tak reti nak ikut, sekarang dah boleh ikut :-) kalau time balik, ada je lagu or nasyid or doa yang dia nyanyikan. latest, doa untuk ibu bapa. tu pun ntah apa2 yang dia baca siap dengan terjemahan sekali. hehe.. 

Aku juga ada belikan buku Iqra' untuk aqil. saje kasi dia main2 di samping mengenal huruf jawi. kadang aku ajar dia ngaji, kadang ayah dia ajar. kalau ayah dia ajar, siaplah kau berair mata sedu sedan, garang ayah dia ajar, bergegar2 satu rumah. :-p aku pun tak berapa suka nak tanya bab2 belajar kat ayah aqil ni. haha... aqil bila dah kena marah, terus tak nak ngaji. kalau ibu yang ajar, boleh lagi dia main2 sengih2... Alhamdulillah buat masa ni dia cepat kenal huruf dan boleh ingat dari huruf Alif sampai Ro.. may be kat taska pun dah diajar basic mengaji tu.. 

hmm.. tu jelah nak share..

 entertain adik tengok abc:-)

 abang dan adik tidur sekatil :-)

 adik tu bukan nak tengok abc sangat, nak korek2 katil :-)

 tengok, adik tak fokus kat tab

see, dia korek2 katil. attract to colour ;-)

ok bye. wassalam


3 comments:

Huda said...

dah sepasang dah anak kan..tak lama lagi kejap je aqil tu dah sekolah rendah pulak..

ejaMaria said...

akak dulu layan gak Luqman baca Iqra'... pastu bila dia dah start main-main je - malas la akak... skrg ni dia mmg fulltime belajar kat cikgu je... klu dia buat 'ulangkaji' kat rumah je baru akak layan... hehehe... pemaleh punya omak... ;p

Suliana said...

huda,
tu la tu.. kejap je nanti :-)

kak maria,
hehe... su pun kdg klu rajin hari2 suruh dia buka iqra, klu x, nanti dia lupa :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails