Monday, May 7, 2012

5 bulan yang ceria

Assalamualaikum..

Hari ni 7 mei kan? anak dara hamba sudah menginjak ke 5 bulan. esok pegi klinik timbang dan cucuk ;-) mari ibu taburkan gambar aisyah 5 bulan di pagi isnin yang syahdu ni.. (syahdu sebab hujan)

yeah.. sudah boleh meniarap dengan jayanya.  baru menunjukkan progress ke depan dan ke belakang, berpusing2 di satu tempat :-)

 inilah kes kalau dipaksa tidur, dapat tengok kepala botak dia tercangak2 kat dalam babycoat :-)

 aisyah humairah dengan ibu nak gi kenduri. aisyah dah kenal orang tau.. kalau orang lain pegang, dia dah jebek dah, tapi kejap je.. solehah nya muka ibu. haha..

pelik.. dari aqil sampai aisyah suka main remote astro :-) kadang tu bising mulut dia nak mencapai remote. dah dapat, siaplah kena gigit remote..

 eh, ibu lagi :-) isteri mithali :-p cam ni mithali pun ayahnya berangan nak kawin dua. huhu

aisyah suka makan kain, ni kain baju, belum lagi hujung sarung bantal, sapu tangan, tuala.. suka masuk dalam mulut dia 

 gambar pagi tadi, sebelum pegi 'sekolah'.. ceriakan anak ibu ni tiap kali bangun pagi :-) kelihatan di belakang abang aqil masih terpisat2 bangun

last but not least, aisyah humairah yang comel dah 5 bulan pun.. moga sihat selalu.. ni pun selsema dan batuk2.. bulan depan dah boleh makan, tapi sekarang ni pun nampak mulut dia terkumat kamit bila kita makan. hehe.. perangai pelik aisyah yang aqil tak buat dulu ialah dia suka sembur2.. aqil dulu tak pandai menyembur.. sabor je la, orang kata habis la gugur rambut ibu dia. huhu..

okey tu jelah nak share :-)

wassalam..

4 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

YEAYYYYY!!!..si comel dah pandai meniarap yee,tak lama lagi esok merangkak pula..habislah mama mengejarnyee..hehe..;D

sisanizu said...

Comelnye cik aisyah ni

Nur Hasyimah Mahasan said...

comel jer...n tu ur husband berangan je ek nk pasang lagi...bukn betul2 kn...hehe

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

hehe aishah pon suka remote..tapi bkn remote jela semua bedna nak masuk mulot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails