Tuesday, April 10, 2012

tiramisu

Assalamualaikum..

weekend lepas, beria aku nak buat sesuatu. aku tak tahu la, suka benar makan dessert. tapi dessert yang paling aku suka buat adalah kek. hehe..amatur saje ye. boleh la nak dimakan untuk kaum kerabat terdekat dan juga kawan2 opis.

tapi, minggu lepas, bukan kek yang aku buat. TIRAMISU. first time aku makan tiramisu masa kat fish manhattan. tu pun nak rasa camana la rasa dia kan. sekali tu, boleh diterima tekak, ok let's try :-)

senang je rupanya buat tiramisu ni. hehe.. senang2 pun jenuh juga aku nak mencantikkan dia tak nak kasi comot. resepi amik dari blog kak ana suzana ni.. kalau yang baru nak buat macam aku ni, memang sesuai la ikut step kak ana ni. satu2 dia tunjuk :-) bahan2 dia pun sikit je dan mudah nak cari :-)

stoberi ada yang tertonggeng :-)

bahan2 yang perlu ada ialah, seketul cream chesse 250g, whipping cream 250ml, kek span lembapkan dalam air nescafe tanpa gula, serbuk koko untuk ditabur2 atas cheese, gula setengah cawan dan esen vanila.. stoberi aku saje2 letak  :-p

cara nak menyusun dalam cawan tu, mula2 lembapkan kek span tu dengan air nescafe tanpa gula tu, susun elok2 dalam cawan, ambil cheese yang telah diadun dengan whipping cream, gula, esen vanila letak atas kek span tu. pastu tabur koko yang telah diayak atas cheese. ulang la step tersebut kalau korang nak buat banyak lapis dalam satu cawan tu.. dah siap sume, sumbat dalam peti ais, makan sejuk2, best :-)

lesson learnt untuk first timer macam aku nak buat tiramisu ni ialah, next time kalau aku nak buat, aku akan make sure air nescafe tu kena pekat sikit, dan serbuk koko tu kena banyak. kalau tak, muak sikit. dalam secawan tu aku nak habiskan sekali makan, bercinta juga. bancuhan yang ini aku buat dapat dalam 6 gelas cawan ikea.  dah bawa pegi opis 3 gelas, tinggal lagi 1 setengah kat rumah, segelas dah jadi bahan kumbahan. hehe.. kalau nak dapatkan banyak tiramisu tu, buat selapis2 saje dan guna bekas dadih tu, dapat banyak sikit kan. hehe

ha, apa lagi.. boleh terjah blog kak ana tu dan cuba la tiramisu ini. hehe.. ok  itu saja dari saya yang amatur :-)

bye. wassalam.. selamat bercuti esok!!

3 comments:

Ietams said...

Bagusnya.. Best kan mkn buat sendiri.. Boleh mkn byk kali..hehehe

sisanizu said...

Pandainye su buat kek bagai..sy xpenah cuba buat..mcm susah je..ha ha..bestlah su pndai buat

littlehumblelynn said...

X boleh msk tiramisu sbb mcm pahit sikit rasanya.ada gaya baking tuh sue :-D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails