Friday, April 13, 2012

picture

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua!!! berapa hari  ye tak update blog. banyak keje dan lebih suka baca blog dari taip, especially blog masakan :-) pagi tadi bangun, mata memang sangat2 kelat nak membuka nya. letih sangat!! sampai opis pun aku masih menguap2 lagi. sakit2 badan. si kenit aisyah malam tadi banyak kali juga merengek. nak apa la ye. dah sua susu tapi masik ek ek ek.. malam tadi dia tido lambat. lepas balik rumah, tido kejap then dia bangun sampai pukul 10 lebih dia tak tido2 lagi. pas tu mula la nak dera ibu dia ni.. tapi, pagi tadi, mula bangun pun dah ek ek ek. pastu senyum.. mencairkan betul senyuman baby ni kan..

Pas susukan aisyah kejap, mula lah kejutkan aqil pulak. pagi tadi boleh dia kata aqil tak nak pegi sekolah. aqil nak tido.. adui sabo je la.. tak cukup tido la tu.. sama la macam ibu, kalau boleh ibu pun nak cakap ibu tak nak pegi work, ibu nak tido lagi. boleh?? hehe.. pujuk2 dia, baru lah ok. kena ikut je cakap dia pagi2 tu.. setiap hari bawa pensil kaler sebatang2.. pastu aku tak pasti pulak pensil kaler tu bawa balik ke tak. nanti habisla pensil kaler tu, lama2 tinggal botol je..

Okeyla. tak de idea nak tulis panjang2. meh tengok gambar penawar jiwa yang kedua ku ini :-) orang kluang dah rindu nak jumpa aisyah humairah ni. lambat lagi nak balik kluang, hujung april baru balik..

air liur meleleh. habis rambut ibu berguguran merata2 tempat even dah potong pendek. leh wat rambut palsu tau.. huhu

 tercengang

 main 'kuku'


gambar aqil dah banyak dalam blog ibu ni, kasi chance adik pulak ye. love u all :-) bye. wassalam..

7 comments:

careno said...

cute.. :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

keciklagi ye anak..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

aqil skolah kat mana?

Suliana said...

careno,
tq

baby,
ye, baru 4 bulan.

AZLITA AZIZ said...

Salam Su..

Ala2 tomeii.. tomeii..
cutenya aisyah ni..
akak dah lama tak de baby.. bila tgk baby ni.. adoii.. geram sungguh!

ok akak nak jawab soalan su kat blog akak berkenaan Snow Puding
akak buat 1/2 daripada resepi asal dan akak guna serbuk agar2 bukan serbuk jelly tau!

sebenarnya guna agar2 apa2 pun boleh asalkan agar2, kalau jelly dia lagi lembut dan rasa tak sesuai untuk agar2 ni. Akak guna cap burung layang2 atau kat kotak tu tulis Swallow Globe
Nak guna agar2 tali pun boleh tapi masak agar2 dulu dengan air kemudian tapis. Pas tu masak semula dan baru masukkan bahan2 yang lain..

Masak agar2 sampai gula melarut dan berwap ~ (keluar wap panas)

lapisan putih ~ masak agar2 dulu dgn gula ~ guna api sedang, bila dah larut gula2 tutup api baru masukkan w/cream ~ adunan ni mmg sedikit cair tapi akan mengeras bila dah sejuk

susun buah strawberry dalam loyang yang kita dah bilas dgn air kemudian tuang agar2 putih biar dia mengeras ~ anggaran mengeras bila kita sediakan pula lapisan ke 2 ~ maksud akak dalam masa nak tunggu dia keras kita sediakan pula lapisan pink bila siap pink tu dah bolehlah tuang atas lapisan putih.

lapisan pink ~ lapisan pik agak pekat dan ringan macam buih sikit sebab ia menggunakan putih telur yang diputar. Adunan agar2 sangat lembut oleh itu kena berhati2 semasa nak tuang lapisan coklat sebab lapisan coklat agak pekat dan berat. tuang atas lapisan putih kena tuang dengan cepat sebab agar2 pink ni cepat mengeras. Mulakan menuang dari tepi loyang jangan kat bahagian tengah sebab bahagian tengat masih lembut nanti ia terbobos pula ke bawah.

Lapisan coklat ~ aduann agak pekat dan berat macam susu pekat manis sikit. oleh itu utk tuang atas lapisan pink kena pastikan lapisan pink telah mengeras betul2 baru tuang. Tuang pula dari bahagian tepi juga. Jika bimbang ia tak melekat cucuk2 dulu permukaan lapisan pink dengan garfu.

akak harap dah dapat jawab soalan dari su, kalau ada lagi kemuskilan su boleh tanya.. terima kasih kerana su sudi mencuba!

Suliana said...

Trm ksh k ita ats feedback. Insylh su akan cuba lgi :-)

Nia said...

Aww,..satu perkara yang takkan jemu dilihat kat mana2 blog pun, gambar baby! *melts*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails