Thursday, April 19, 2012

pertama kali demam

Assalamualaikum..

Aisyah semalam demam.. tapi tak berapa kuat la. paling tinggi 37.5 degree.. tapi kepala dia panas. laju je termometer tu jalan.. risau juga hati ni. macam lah ibu ni tak de pengalaman anak demam.. tak kira la berapa kali pengalaman anak kita demam, mesti risau betul tak?? lebih2 lagi dulu masa aqil demam sampai fit tu.. sampai sekarang memang terasa fobia kalau anak demam.

kali ni turn aisyah pulak. demam untuk kali pertama. alhamdulillah aqil makin kuat antibodinya. Kalau dulu sape yang dah lama follow blog aku ni, mesti boring je dengar aqil asyik demam je tiap2 bulan!!! sebulan sekali demam lebih2 lagi bila dia duduk nursery. sekarang, alhamdulillah kesihatan bertambah baik.. jarang dah dia demam sekarang, cuma hidung leleh2 cam tu biasa la kan.. 

Semalam, kepala aisyah je panas.. macam dedar gitu. tapi badan tak de la panas mana. amik termometer,baru 37 degree. dalam hati, may be panas sikit kot. pastu sebelum nak tidur, 37.1 degree. Pukul 3 pagi, dia bangun rasa ketiak dia panas pulak. amik suhu, 37.5 degree.. cepat2 aku kasi makan ubat.. sebelum tido tu dah letak kain atas kepala. ni belum pandai tarik lagi ni.. pastu, kalau lap2 badan dia, dengar dia tarik nafas, tak tahan sejuk la tu.. hehe...

terlupa pulak nak burp kan dia lepas susu malam tadi, terus kasi ubat. sekali tu, amik kau selambak dia muntah kuar kut idung sume.. habis berbau bilik dengan muntah, baru tukar cadar ;-(  terpaksa kasi lagi ubat demam tu.. pandai dia takut makan ubat.. pastu togel2 kan dia tinggal cd dan seluar je, tidur lah sampai pagi.. tak panas2 dah.. ni kat rumah pengasuh meragam je hari ni. tak nak susu sangat, lebih kepada nak tidur.. yela, semalam memang dia kurang tidur, celik nak main je..

even dia demam, dia ceria.. ibu je yang risau lebih. yelah, anak kan.. ayah dia tak de pulak.. huhu.. esok ayah balik ye sayang ibu :-)



ibu doakan aisyah humairah cepat baik ye sayang... mmuaaahhh..love u...

wassalam


1 comment:

Nur Hasyimah Mahasan said...

moga aisyah cepat ok...demam nk pndai benda lain lak kot...
irdina ni pun dedar gak sehari dua ni...lgpun selasa tu cucuk setahun..n memng if anak2 tak shat memng kiter tak keruan..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails