Monday, April 23, 2012

pavlova - kali ketiga

Assalamualaikum..

Pavlova kali ini adalah pavlova ketiga seumur hidupku pernah buat dan makan :-) teringin pulak nak makan, so buat sendiri :-) dulu, masa 1st & 2nd time buat, rasa susahnya kuih ni nak buat. Tapi bila lama2 cuba dan cuba, menjadi pulak, rasa senang je, hehe.. sebelum2 ni aku buat, aku pun tak tahu rasa dan bagaimana rupa 'jadi' tu.. yelah, tak pernah makan, orang kata sedap, kita nak la juga cuba kan :-)

separuh pavlova untukku dan suami. tapi suami makan sikit je, sebab dia kata bau telur. dah memang basicnya telur. may be kena banyakkan esen vanila atau kena tunggu lagi masak sikit? ok, whipping cream kali ni cair sikit, kena beli yang macam aku buat red velvet tu non dairy whipping cream baru dia duk diam2 atas pavlova tu. 

untuk kawanku fiza arsyad, cuba la buat :-) macam ni la teksturnya. dulu aku buat macam tak de tekstur je. haha, nak potong pun seksa.. now, garing di luar, lembut di tengah, bila makan, rasa makan telan, makan telan.. gitu :-) nak potong pun senang..

kali ni, dah tak de lapik2 dengan kertas minyak dan tak lukis2 dah. hehe.. main tepek je atas tin cake tu. aku baru beli loyang yang boleh cabut2 tu.. senang lepas ni nak wat kek tak la seksa nak menunggu dia lekang :-)

first time guna oven ni untuk membakar pavlova. dulu, aku bakar kuih raya je. api dia panas tak rata. dalam dah coklat, depan belum lagi. tapi, senang lagi pakai oven ni, tak delah terjenguk2 gas habis ke, dah masak ke belum, sebab ada loceng 'ting'. okey, kira boleh percaya la oven ni. next, nak try bakar kek pulak dalam oven elektrik ni. ni hadiah perkahwinan aku 5 tahun yang lepas :-) baru intai2 oven yang canggih kat sogo, intai je & berangan :-)

ni lah oven dan dapur gas tempat aku mencurahkan air tangan ku untuk diberi makan kepada keluarga tersayang. hehe.. tahun ni dah 3 tahun la pakai dapur gas ni.. ada 3 tungku dan oven bakar kuih.. juga, buat simpan lauk tak habis :-) kalau bakar kek, kena tunggu lama sikit. macam pavlova ni, hampir 2 jam aku tunggu dia masak. last2, aku tutup je api, lambat naw masak nya..

okey tu je. lepas ni lambat lagi nak makan pavlova.. takut!! takut kencing manis :-p
kalau yang tak pernah rasa nak cuba buat, cuba la.. sedap :-)
ok bye. wassalam 

6 comments:

Syahada Ahmad said...

Practice make perfect. Menyelerakan. Tergugat iman org tgah berpantang ni. Hihi

Huda said...

memang belum pernah cuba lagi, nak kena try la pasni..kita pun takut manis, tapi nengok kebanyakan orang semua dah try buat pavlova ni, rasa teruja nak cuba jugak.

fiza arshad said...

hehehe thnx dear sis, siap ade stated name tu hehehe..
fiza x reti la nk bt..tak terror la mcm akak hehehehhee :)
kan best kalo satu opis lagi kan, kofem dpt rs yg kak sue buat..tetibe sedey..sedeynye keje kt tmpt skrg..tiada kwn satu kepala..yg ade sume nk gaduh jer :(

Suliana said...

sya, hehe.. dah habis pantang boleh buat ye :-)

huda, boleh kurangkan manis dia.., tak leh mkn selalu :-)

fiza, sian fiza, jom pindah kl. hehe.. klu fiza satu opis dgn akak, leh la rasa kek yg akak buat. bajet mcm sedap je kek ambe buat. hahaha

HAJAR said...

Nak tanya, pakai oven yg atas tu suhu berapa ek?

Suliana said...

160 degree

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails