Thursday, April 5, 2012

my sweetheart

Assalamualaikum. .


Semua orang ada citarasa dan minat masing2 kan.. Tak kira la apa orang nak cakap, kalau dah minat, minat jugakan. Now nak story minatku pada puan yang seorang ni. . Dato siti nurhaliza taruddin :-)


Hari ni, aku asyik dengar lagu tok ti je. Bayangkan usiaku dah 30. Minat tokti sejak umur 15 tahun. Lama gila jadi peminat. Apa ko dapat ha? Hihi. . Dulu masa sekolah, sengkek2 pun boleh beli kaset dia. Apa je kaset cer cite. Dari aku cinta padamu sampai cd konsert pun ada. . Tengok ulang kali. . Aku stop beli kaset selepas album transkripsi. Time tu dia nak kawin dah, aku pun nak kawin gak, hihi.. Kawan2 sekolah, uni, tmpt keje lama mesti tau punyalah aku minat siti.


Sampaikan diorang kutuk2 siti aku pulak yang berangin. Bengang gila. Kadang tu saje je diorang nak kasi panas aku. Huhu. Ntah napelah minat sangat tak tahu la. Maybe sebab dia cantik, sopan, jelita, ketimuran & byk lagi la attitude dia yang best. Suara tu, usah cakapla, tak de sape dapat lawan. Masih penyanyi wanita no 1 tau :-P


Dulu, masa zaman uitm kalau tak silap. Siti dengan 3R dan anuar zain datang kluang buat konsert untuk budak sekolah, tajaan kotex. Aku pegi juga even bukan berstatus budak sekolah lagi. Berpanas terik menjerit2 panggil siti, fanatik gila. Hihi. Apa ko dapat? Non ado. . Dapatla amik gambar dari jarak jauh. Hihi. Dapat muka hitam legam lagi ada :-)


Hai kenangan. . Terimbas kembali. 15 tahun sudah. Sekarang still minat juga, tapi tak macam dulu la. Contoh kalau raya, sanggup tak keluar gi mana2 nak tengok tv cite siti. Sekarang, tak tunggu dah, melepas pun melepas lah. . Kang ada la tu ulangan. Hihi. .


Dan lagu2 halwa telinga nyanyian siti sume best2. .tak tahula sebab aku minat kan, tu yang rasa sedap merdu je.  . Sekarang, dah boleh download & tengok youtube je kalau nak cari lagu baru. . Mudah. Tapi kesian gakla kurang orang beli kaset dah. .


Pasal personal, aku tak kisah sangat. Lantak pi lah, dah life dia, sukati la dia nak buat apa. Ada orang kata dia hisap rokok la, macam tak caya je orang secantik suci murni dari kampung plak tu buat perangai cam tu. . Hmm. . Tak tahula. Yang penting, kita doakan siti berjaya dalam lapangannya. . Pakai tudung litup comel2 ye. .


Wei. . Malam sudah. . Good nite. Wassalam. .


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

NaDia CoMaNeCi said...

Aq pun minat siti nurhaliza tu..dari mula lagu jerat percintaan tu aq terus minat dia..ingat lagi kat uitm dulu penuh kat wall bilik meja study n katil double decker tu gambar n lirik lagu dia..ape pun, dia penyanyi wanita terbaikdari segi lapangan muzil n personal..harap dia betudung dgn sempurna lepas ni.. ;)

Syira Rara said...

akak! saya pun minat tok ti..dr sekolah smpai sekarang ni..suara dia sgt sgt sgt sedap..semua lagu dia sy suka...sy baru follow blog akak, kalau ada masa lapang, singgah la blog sy..kalau sudi, follow la sekali..wink (^_-)v

Masya said...

assalamualaikumm....

salam kenal.. sy pun peminat siti nurhaliza jugak.. walaupun sy dah kawin ni kurang sikit, tp masih minat juga hihihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails