Tuesday, April 3, 2012

kisah orang pelupa

Assalamualaikum..

orang kata tak elok makan kepala ikan, nanti pelupa.. bukan orang kata la, Imam as-syafie kata macam tu. tapi aku suka juga makan kepala ikan. tapi makan yang pipi dia yang garing tu. aci tak? huhu.. tapi tahap kepelupaan aku ni tak de la teruk mana. terlupa perkara2 biasa2 je la kan. contohnya seperti aku nak tukar telekung untuk dibawa balik basuh. lupanya berbulan2 aku memanjang lupa. bila dah pakai telekung nak sembahyang, baru la aku teringat dah berbulan tak basuh telekung opis ni. hehehe.. untuk mengelakkan aku terlupa perkara2 yang penting, aku akan siap2kan dengan telekung baru, letak atas handbeg siap2, nanti nak pegi keje, capai beg, capai sekali dengan telekung baru tu. kalau lupa jugak memang nak kena luku la kan kepala.. huhu

kisah pelupa aku boleh dimaaf kan lagi ;-) ni kisah orang tinggal isteri/wife/bini tercinta di tepi jalan.. huhu.. sadis betul.. al kisah nak dijadikan cerita. petang semalam, as usual aku akan melintas jalan kedek2 tunggu cik abang aku ni amik aku.. tak lama tu, kereta kecil ku menampakkan wajah.. tadaaa.... aku pun siap2 la tunggu tepi jalan sambil sengih2 kambing.. sekali tu, boleh pulak si kancil ni apasal laju kemain ni lintas depan aku.. aku ni dah muka kelat2 sambil hentak2 kaki (ayat over disitu - takkan nak hentak kaki tepi jalan malu la ramai orang). Aku ingatkan ada emergency ke dia tak amik aku, laju semacam je.. cepat2 aku telefon sebelum dia masuk highway, celah mana pulak nak patah balik kan. 

me call: lupa ke orang kat tepi ni? eeeeee......."
cik abang: sori2... terlupa. cepat la lintas jalan depan sikit

nasib baik terlajak lepas satu trafik lite je.. kalau terlupa sampai balik rumah menonong sorang je, camana tu.. geram ada, kelakar pun ada. mengada betul tau. bini yang chantek ni pun boleh lupa, ada hati cakap2 nak kawin lagi satu. huh.. 

kalau sape yang tahu area tempat keje aku ni, memang susah sikit nak melintas jalan. kalau nak melintas kena duduk kat zebra cross tu dan tunggu dalam 3-4 minit lebih kurang baru ko dapat melintas. jalannya pulak memang lebar, kalau dia bagi isyarat suruh pejalan kaki melintas, memang separuh jalan je aku dapat. lepas tu dah merah balik. duduk la aku kat tengah2 jalan raya di samping mat2 motor duduk dibarisan hadapan.. tak berani woo nak main redah je. faham2 la orang kl ni, jalan jem pun nak merempit. silap2 haribulan nyawa pun boleh terbang..

hmm tu je la kisah pelupa sang suami aku. actually kes lupa2 ni memang dia juara :-) tapi tak perlulah direvealkan disini. hehe. kena ingatkan dia banyak kali.. yang semalam tu aku tanya berangan apa sampai tak berhenti amik sayang? lupa, banyak benda fikir.. nak kata makan kepala ikan, tak de pulak.. jangan lupa2 bang, umur tu muda lagi, camana nak keje sampai 60 nanti? hehe.. 

ok. bye. wassalam..

9 comments:

Syahada Ahmad said...

hahaha, sue ni lawak la. klu sha la, mmg x dapek nk nolong la. merajuk 18 hari. :p

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

hahaha..comel nyer story nih.. zaki nih mmg dah pakcik2 dah lah..hahaha...oppss, linda pun kaki pelupa gak...

Suliana said...

sya,
nak merajuk macam kelakar pun ada.. hehe..

linda,
mmg pakcik juga la, rmbut pun dah beruban. hehe..

aMiYs said...

laki aku pun pnh tinggalkan aku...
masa tu naik motor...
dia igt aku dah naik..
terus menonong je...
pastu patah balik bila perasan dia ckp xde org respon...
perlu ke?

lily lotus said...

hahaha lahai siannya, seb baik terlajak tak jauh

Lida Rahim said...

hehe mmg 2-3 hari ni dia byk pikir.. almaklom dia lah nak ngajor budak2 besar hehe

nana, ri said...

hahaha kelakar hihi

Suliana said...

amisy,
haha.. lagi kesian. ada2 je kan..

lily,
hehe.. nasib, klu tak balik naik lrt ler..

kak LR,
hehe.. tu la.. serabut dlm kpla tu..

Nur Hasyimah Mahasan said...

Lawak baca citer sue ni....husband diriku lupa gak but xde la kes2 camni setakat ni...hehe...biasa la bwk keta n pikiran melayang tu yg x ingt dah...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails