Wednesday, April 18, 2012

kereta pulak!!!

Assalamualaikum..

Rabu sudah :-) hari ni dan semalam bawa kereta sendiri. alhamdulillah sempat punch kedua2 hari itu. hope esok dan lusa pun sama, tak lewat.. bila bawa kereta sendiri, baru tahu menghargai masa. chewah.. bangun pagi semua sama, keluar rumah pun sama waktu. cuma kali ni masa spend kat parking kereta dan juga nak jalan kaki dari car park ke opis. mujur sempat :-)

3 malam ni ditemani oleh kawan opis. mujur ada acik yanti nak menemankan ibu aqil ni.. huhu. sadis sungguh petang semalam. berpeluh2 ketiak bila time balik kereta tak boleh stat.. kacau betul.. cepat2 la call hasben. dia suruh usik itu ini kat area bateri tu, alhamdulillah hidup. mujur juga belum hujan semalam, kalau hujan, lagi sadis.

Actually kereta tu memang dah dikenalpasti problemnya sebelum ni, tapi yela, weken keluar masuk rumah, tak pegi2 bengkel nak servis. kena tukar timing belt, tukar tayar, tube wiper putus, lock dashboard patah, dah tak leh tutup dashboard tu - salotape pun tanggal :-( apa2 lagi yang patut la - major service kali ni. patutnya tukar kereta baru terus :-p no no no.. simpan duit.. :-)

nak dijadikan cerita, on the way balik semalam, hujan pun turun dengan lebatnya.. ada satu area tu, jalannya bertakung air, air banyak. nak tak nak kena langgar juga air tu. sekali tu, boleh pulak wiper padam sendiri, radio off, ekon mati,  kereta pun slow.. enjin mati!!! aku pun dah gelabah2 ni, press2 minyak, haa... alhamdulillah keta boleh jalan balik.. magik!! tak sempat kereta tu betul2 stop. sekali lagi ketiak berpeluh. tak berani nak buka ekon. buka tingkap hujan2 tu. kuikuikui.. kalau tidak, ada yang bertolak kereta tengah2 hujan. tak koser aku..

mula2 konon tak nak pegi bengkel - dasar insaf sekejap, nak tunggu hasben balik la, sekali tu bila dah shot macam tu, terpaksa juga pegi bengkel 'best fren' hasben, dekat ngan rumah je. dia cek2, dia kata jangan langgar air kuat sangat, nanti shot. lalu slow2 saje. dia cek2yang penting je, sebab aku pun nak cepat, aisyah tak amik lagi. amik aqil je dulu.

Hmm macam tu la kisahnya. selamat la sampai rumah semalam. dan yanti cakap kalau kereta tak leh hidup, dia nak bonceng aku naik motor. haha.. motor tu even dah major baiki, tak berani aku nak naik kalau tuan empunya tak de..  

itula kisah semalam. harap dapat bertahan sampai hari jumaat ni :-) eh, jumaat apa, harap dapat bertahan sampai aku banyak duit nak tukar keta baru :-) Okeyla, tengok gambar budak comel ni dalam keta dia pulak:-)

 barney, nak kasi hadiah kat cousin dia..

 kali ni tak edit picture just tambah drop shadow je.

 senyum...

cak..

Semalam, budak kecik ni menangis lama. may be ayah dia tak de, saje nak menguji ibu ni. bagi susu tak nak, sapu2 minyak kat perut pun tak selesa lagi. rupanya tak puas tido. dia macam tu la, kalau tido tak cukup, mula la nangis bagai nak rak, dah pujuk pun masih merengek lagi. kadang tu aku biar je dia nangis, tengok2 dah tido.. hai lah anak.. aqil pun sama merengek tengah malam nak tengok ultramen. ngigau ke apa aku tak tahu la. dan yang pasti aku marah dia sambil pejam mata :-)

sabor je la. wassalam

6 comments:

fiza arshad said...

ololololo cumilnye!! geram!

dugaan kan kak sue kalo kite panik suami takde..phm phm hehee

Suliana said...

betul tu fiza, panik.. time hasben tak de blh plak dia wat hal :-)

shaf said...

bila anak2 masih kecik mmg menguji tahap kesabaran kita betul...

mama_muaz&muiz said...

comelnye aishah...sejibik muka abang dia kan ;)

Suliana said...

shaf,
ye betul ;-)

mama muaz muis,
maceh.. ye kot sama. hehe

lily lotus said...

seb baik tak stop betul keta tu. drive carefully yer ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails