Wednesday, April 25, 2012

ikhlas

Assalamualaikum..

hari ni baru bukak balik buku yang aku beli iaitu BEDUK DIKETUK. hai punyalah lama tak buka, busy sikit. lepas tu buku tu duduk kat tray, terlindung tu yang tak rnampak.. Okey, mari aku share sikit apa yang aku baca hari ni :-) Aku baca bab ikhlas. Salah satu petikan dari buku ini ialah :-

"... kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lain yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam hidup kita" 


".. ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih. Siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tiak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. ..Kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada sesama manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala..."

~ Ustaz Mohd Pahrol Mohd Juoi, Beduk Diketuk

Banyak lagi ayat yang menarik tapi lenguh pulak aku nak menaip sebijik2 ni.hehe..  Bila kita ikhlas, hati akan rasa lebih tenang. Tapi, ikhlas kita tu hanya Allah saje yang tahu.

Wallahua'lam.


6 comments:

mama maman aka yana said...

nak kena cr la buku tuh.. utk motivate bagus nih..:)

faiez said...

I loike...taip la bebyk...hihiihihhiihhi nk cri tp xcari2x buku nieh

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

ejaMaria said...

akak beli gak buku tu... tapi tak sempat baca si Laila dah ambil baca dulu... tunggu dia membaca tak abis-abis... haih... ntah bila dapat baca gak nya...

Nur Hasyimah Mahasan said...

Tul tu sue...ikhlas tak perlu tunjuk coz dh lari niat kalu nk nunjuk...but org akan tau kiter either kiter ni ikhlas or tak...n yg paling utama Yang Maha Pencipta tau kn...

lailasani said...

Ustaz ni memang bestt!! nak kena carik ni buku nih...:)
tq for sharing...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails