Monday, April 2, 2012

hujan di mana mana

Assalamualaikum..

Pagi ni KL hujan lebat!! tak tahu la negeri lain hujan ke tidak. tapi seingat aku, hujan start awal subuh tadi. ye ke? hmm aku tersedar pun aisyah bangun nak susu. tengok jam macam tak berapa nampak, kelip2 mata pun blurr pukul berapa la ni.. siap dengan guruh sekali.. sambung tidur balik, tak lama tu ada orang tarik selimut.. my hubby la tarik selimut suruh bangun.. ehehehe..

bangun dan siap2 semua macam biasa.. tapi disebabkan rahmat Allah pagi ni, berbasahan la kami hantar aisyah ke rumah pengasuh. si Aqil dah melalak2 kena tinggal sorang kat rumah. sabo je la.. dah cakap dah ibu hantar adik kejap. ayah payungkan ibu.. dia takut la tu tinggal sorang2.. sian aisyah ibu tak dapat cium lebih2 dia pagi ni..

Pastu hantar aqil pulak gi nursery.. by the time nak masuk kereta tu, dah lembab2 dah baju kebasahan.. dengan aqil sekali la terkena tempias hujan... aqil bagus pagi ni, tak nangis pegi sekolah. aku babai2 dia pun rileks je. hehe.. cuma bangun pagi je dia tak nak bangun, sibuk kata nak pegi klinik.. tak nak pegi sekolah la tu..

Aku pulak, tak tahu la nape dalam lebih kurang sebulan ni, asyik asshhuuummm over tau.. tak selesa betul. resdung agaknya. malam tadi sebelum nak tidur, dah gatal2 muka, gatal hidung, sume la gatal.. pastu bawa tido.. pastu bangun, siap la masuk bilik air, adalah dalam 10 kali asyik terbersin je.. sampai la ke opis ni berbekalkan sehelai sapu tangan... makan tak pantang pulak, semua main bedal je.. ke kesan daripada makanan tambahan yang aku amik tu? aku harap lepas ni lebih baik la.. tak pela, anggap je la bersin dan selsema itu penghapus dosa.. tapi selsema aku ni pagi2 je.. tengahari sikit nanti ok la tu..

Okla.. selamat bekerja uols.. jangan blues2 sangat.. hehe.. wassalam :-)

p/s: ngantuk pulak pagi2 ni ..

2 comments:

suhaida shukor said...

Hahaha. Klaka la budak Aqil ni.

Nur Hasyimah Mahasan said...

Kalu irsyad tggl camtu pun mest meraung gak...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails